Penulis: Rosni Samah
Harga: RM 30.00
ISBN: 978-967-440-090-3
Terbitan: 2014
Jum. Halaman: 98 m/s
​Buku ini membincangkan tentang perbandingan antara novel Zainab dalam sastera Arab dan novel Faridah Hanom dalam sastera Melayu moden di Malaysia. Maklumat terkini dalam perkembangan sastera bandingan khususnya antara sastera Arab dan Malaysia turut dibincangkan. Selain itu, buku ini juga menggunakan bahasa yang mudah difahami dengan penjelasan yang jelas berserta gambar rajah yang bersesuaian. Hasilnya diharap membantu perkembangan sastera di Malaysia dan menjadi rujukan kepada masyarakat.
Rosni Samah ialah profesor madya di Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia, (USIM). Beliau menerima ijazah sarjana muda dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari Universiti al-Azhar serta ijazah sarjana dan doktor falsafah dalam bidang Sastera Bandingan daripada Universiti Kaherah, Mesir. Beliau banyak menulis artikel tentang sastera bandingan yang diterbitkan oleh jurnal akademik di negara-negara Arab. Selain itu, beliau turut aktif menerbitkan buku seperti Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bahasa Arab kepada Bukan Penutur Jati.
SUMBANGAN NOVEL MESIR ZAINAB DALAM KEMUNCULAN NOVEL MALAYSIA FARIDAH HANOM
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789674400903
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM30.00