Penulis: Adzidah Yaakob, Mohamad Zaharuddin Zakaria, Asmidah Ahmad, Kamilah Wati Mohd, Mustafa 'Afifi Ab Halim
Harga: RM 25.00
ISBN: 978-967-440-311-9
Terbitan: 2016
Jumlah Halaman: 79 m/s
Pertikaian yang melibatkan suami isteri boleh dibincangkan secara pendamaian di luar mahkamah. Namun, masih ramai yang tidak menyedari kewujudan Majlis Sulh di Mahkamah Syariah. Buku ini memberikan maklumat yang diperlukan mengenai panduan proses Sulh di Mahkamah Syariah.
Garapan dan penerangan berkenaan perundangan Sulh serta proses yang dilalui oleh pihak-pihak yang bertikai dijelaskan dengan ringkas berpandukan kes mahkamah dan juga memuatkan data statistik yang terkini. Buku ini sesuai dibaca oleh pelajar, ahli akademik, para pengamal undang-undang dan khususnya masyarakat awam yang mencari maklumat berkenaan tatacara dan pengalaman proses Sulh di Mahkamah Syariah.
PENGENALAN DAN KEBERKESANAN SULH DI MAHKAMAH SYARIAH
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789674403119
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM25.00