ISBN: 978-967-5295-27-0
Tahun: 2010
Penulis:
- ASMA ABDUL RAHMAN
- MAIMUN AQSHA LUBIS
Sinopsis:
Mencari pendekatan yang sesuai dan kaedah yang berkesan untuk tujuan pemahaman ketika mempelajari sesuatu bahasa bukanlah mudah. Komitmen yang jitu amat diperlukan untuk mengkaji, memahami, mendalami dan mempraktikkannya secara berkesan. Dalam kaedah pengajaran bahasa Arab, terdapat pelbagai kaedah yang diguna pakai bagi mencapai objektif yang dikehendaki. Setiap satu kaedah mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri. Justeru, kemunculan Kaedah Eklektik yang mengambil semua kebaikan setiap kaedah dan diterapkan dalam pengajaran bahasa Arab merupakan satu alternatif bagi memudahkan proses pengajaran bahasa Arab mencapai matlamatnya. Fokus utama buku ini lebih kepada dua kaedah pengajaran iaitu Kaedah Nahu Terjemah yang mewakili kaedah tradisional dan Kaedah Dengar-Tutur yang mewakili kaedah baru. Kaedah Eklektik yang cuba ditonjolkan dalam buku ini juga merupakan salah satu kaedah yang unggul untuk dipraktikkan oleh guru-guru bahasa Arab dalam pengajaran bahasa Arab.
SIRI PERMATA INSAN - KAEDAH PENGAJARAN BAHASA ARAB UNTUK KANAK-KANAK PINTAR
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789675295270
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM18.00