SI PENGEJAR KUPU-KUPU AUTOBIGRAFI SAPORA SIPON
Penulis : Sapora Sipon
Harga : RM 52.00
ISBN: 978-967-0001-39-5
Tahun terbitan : 2023
Muka surat : 197 m/s
Si Pengejar Kupu-kupu:
Autobiografi Sapora Sipon merupakan
kisah yang boleh menjadi rujukan kepada ahli akademik dalam perjalanan
memperoleh pencapaian akademik bertaraf profesor. Buku ini juga istimewa kerana
mendapat bimbingan dari Dr. Mohamad Saleeh Rahamad, Presiden Persatuan Penulis
Nasoinal Malaysia (PENA). Mengandungi 15 bab yang saling kait-mengait yang
mencerminkan diri penulis. Ia menggarap kehidupan penulis melalui tajuk diri
dan keluarganya, kemudian bergerak kepada penerokaan rumah warisan tradisi
serta kawasan tempat tercinta yang dinukilkan dengan menarik sekali. Pembaca
juga dibawa ke alam keriangan kanak-kanak dan seterusnya jejak pencarian ilmu.
Perjalanan sebuah profesion penulis dimanifestasikan melalui kerjaya yang penuh
liku tetapi sarat dengan pengajaran. Bab Pengembaraan Antarabangsa, Pencarian
Makna Diri, Derita COVID-19 dan Kenangan Terpahat di Ingatan menyambung cerita
kehidupan penulis. Bab akhir iaitu Si Pengejar Kupu-kupu adalah pelengkap
autobiografi ini. Si Pengejar Kupu-kupu: Autobiografi Sapora Sipon amat
istimewa kerana ia sebahagian daripada sembilan sasaran yang telah digariskan
dalam Majlis Amanat Naib Canselor 2021 bagi menggapai hasrat USIM dalam
merealisasikan konsep prosumerisme. Kerjasama yang dilakukan bersama USIM
Writers Pool untuk berkongsi ilmu dan pengalaman penulis yang tersirat menjadi
ilmu yang tersurat memberi manfaat kepada pembaca.
SI PENGEJAR KUPU-KUPU AUTOBIGRAFI SAPORA SIPON
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789670001395
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM52.00