Penulis: Sapora Sipon, Ruhaya Hussin

Harga: RM 38.00

ISBN: 978-967-440-609-7

Terbitan: 2019

Jum. Halaman395 m/s

Buku ini menampilkan dua terapi bahari iaitu Terapi Bermain dan Terapi Feminis. Bab dua adalah bab baharu yang membincangkan mengenai kaunselor sebagai seorang profesional di samping diselitkan mengenai etika dalam kaunseling. Tajuk-tajuk baharu ini menjadikan buku ini lebih segar dan juga makin dekat dengan pengamal kaunseling serta mereka yang berminat dalam bidang kaunseling. Seperti edisi sebelumnya, garapan bahasa yang mudah beserta illustrasi yang menarik menjadikan buku ini amat menarik untuk dibaca. Buku ini amat sesuai dibaca oleh umum dan juga pelajar yang mengambil bidang kaunseling.

Profil Penulis

PROFESOR MADYA DATIN DR HAJAH SAPORA SIPON ialah seorang pensyarah di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebelum berkhidmat di USIM, beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah di Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau aktif menulis dan juga membentangkan kertas kerja sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Beliau juga seorang kaunselor berdaftar.


TEORI KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI EDISI KELIMA

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9789674406097
  • Kewujudan: Out Of Stock
  • RM38.00


Tags: Sapora Sipon, Ruhaya Hussin, 2019, FKP