Penulis: Khairunneezam Mohd Noor, Suria Hani Abdul Rahman, Zulkiple Abd. Ghani
Harga: RM 36.00
ISBN: 978-967-440-354-6
Terbitan: 2017
Jumlah Halaman: 184m/s
Perkembangan pesat lapangan media sosial mutakhir ini seperti aplikasi Facebook, Instagram, Whatsapp, Twitter, WeChat dan seumpamanya menggagaskan bahawa usaha dakwah itu kini terletak pada bahu sesiapa sahaja. Ini kerana kumpulan sasaran dakwah, iaitu al-mad’u lebih mudah dan cepat didekati, asalkan konteks dan misi dakwah itu jelas maksud dan matlamatnya. Buku pertama dalam Siri Media dan Dakwah ini berjaya menghimpunkan lapan bab dalam bahasa Melayu dan dua bab dalam bahasa Inggeris dengan dua tema, iaitu Gerakan Dakwah Kontemporari dan Media Dakwah.
Secara keseluruhannya, kesemua 10 bab dalam buku ini diharap mampu menjadi sumber rujukan semua pihak terutamanya berkaitan cabang ilmu dakwah, media dan komunikasi. Media seharusnya menjadi suatu bentuk “senjata” ampuh yang perlu diterokai dan dimanipulasi sebaiknya untuk tujuan menyampaikan dakwah dan menyebarkan risalah agama Islam yang berpandukan gagasan paduan ilmu Naqli dan Aqli.
DAKWAH KONTEMPORARI & MEDIA
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789674403546
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM36.00