Penulis: Siti Nurazira Mohd Daud
Harga: RM 40.00
ISBN: 978-967-440-150-4
Terbitan: 2015
Jum. Halaman: 121 m/s
Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) sememangnya ditubuhkan berpandukan kepada falsafah paduan ilmu Naqli dan Aqli. Perkara ini diterjemahkan dalam semua aspek pendidikan demi melahirkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran dan amanah. Kurikulum yang digubal di FEM adalah unik kerana ia menekankan kepada asas-asas muamalat yang menjadi tunjang kepada praktis sistem ekonomi dan perniagaan Islam semasa. Graduan-graduan yang lahir di FEM ini telah dibekalkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bukan sahaja cukup untuk menerajui syarikat-syarikat perniagaan di peringkat global malah dapat memimpin masyarakat ke arah kesejahteraan hidup di akhirat.
Buku ini adalah salah satu usaha FEM untuk berkongsi pengalaman selama 12 tahun dalam melaksanakan dan menerapkan falsafah paduan naqli dan aqli di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Banyak kejayaan manis telah dicapai oleh para pelajar, alumni dan semua kakitangan Fakulti. Diharapkan para pembaca dapat mengambil manfaat daripada perkongsian ini untuk sama-sama memajukan ummah melalui pendidikan yang bersifat holistik. Selain itu, kami juga kongsikan cabaran-cabaran yang dihadapi sepanjang perlaksanaan falsafah ini agar institusi-institusi pendidikan yang lain lebih bersedia menghadapinya.
INTEGRASI NAQLI DAN AQLI: SATU ASPIRASI - FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789674401504
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM40.00