ISBN: 978-983-2950-94-3
Tahun: 2009
Penulis: MOHAMMAD HAJI ALIAS
Sinopsis:
Mengucup sebanyak 7.5% pada tahun 1998 selepas melalui prestasi pertumbuhan ekonomi yang pesat dari 1991 hingga 1996 dengan kadar pertumbuhan purata tahunan 8.7%. jika tidak dibantu oleh kanaikan signifikan dalam harga komoditi eksport utama seperti minyak sawit, getah dan minyak, kemerosotan ekonomi tentu lebih mendalam lagi. tempoh 2000 -2002 merupakan tempoh pemulihan semula ekonomi malaysia yang berpaksikan kepada kawalan modal, penambatan ringgit malaysia kepada dolar amerika mulai september 1998 dan perlaksanaan lagkah2 pemulihan ekonomi seperti digarikan dalam rancangan pemulihan semula ekonomi negara yang digariskan oleh majlis tindakan ekonomi negara. bahagian pertama yang membincangkan isu2 ekonomi umum, penekanan diberi terhadap hakikat malaysia adalah sebuah ekonomi yang terbuka. ekonomi negara telah mengalami perubahan struktur yang pesat manfaat daripada penglibatan dalam ekonomi global. keterlibatan dalam ekonomi global juga mendedahkannya kepada kesan krisis serantau. bahagian kedua dibincangkan isu2 perlandangan dan pekebun kecil. isu ini penting dalam konteks pembangunan sektor luar bandar dan usaha pembasmian kemiskinan dan pengurangan jurang antara bandar dan luar bandar. analisis menekanakan kepada keperluan berikut: penanaman semula kelapa sawit dan getah dangan benih berhasil tinggi ; pendekatan bersepadu tidak bergantung kepada satu tanaman sahaja; bagaimana pertani boleh mendapat mafaat daripada perkembangan ict dengan kemasukan negara dalam era k-ekonomi. bahagian ketiga menekankan kepada isu ict dan pembagunan k-ekonomi. k-ekonomi adalah sebuah ekonomi yang didorong oleh ekonomi pengetahuan berbanding dengan p-ekonomi yang berteraskan pengeluaran, pembuatan dan pemasangan.