Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at:

Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace


Penulis: Zulkiple Abd Ghani, Muhammad Khairi Mahyuddin, Suhailiza Md. Hamdani, Khairunneezam Mohd. Noor, Amir Shaharudin, Wan Muhamad Sheikh Abdul Aziz.


ISBN: 9786297534275


Tahun: 2023


Harga: RM 68.00


Jumlah Muka Surat: 349 m/s


Pengurusan Hal Ehwal Islam (PHEI) di Malaysia ialah sebuah sistem dibentuk berdasarkan tradisi dan pengalaman membangunkan negara yang sejahtera.


Ia terbentuk melalui kerangka perundangan yang ditunjangi oleh Perlembagaan Persekutuan serta kuasa-kuasa pentadbiran hal ehwal Islam negeri-negeri.


PHEI telah melalui evolusi perubahan dari semasa ke semasa untuk disesuaikan dengan pelbagai cabaran yang berlaku dalam masyarakat.


Buku ini membincangkan PHEI merangkumi kerangka perundangan, kluster perundangan dan kehakiman, kluster tadbir urus dan pengurusan organisasi, kluster pendidikan agama Islam, kluster ekonomi dan kewangan Islam, kluster sosial dan kekeluargaan, kluster kesenian dan kebudayaan Islam, kluster diplomatik dan hubungan antarabangsa serta menganalisis cabaran semasa yang dihadapi oleh PHEI di Malaysia.


Semoga buku ini yang terhasil melalui usaha penyelidikan menjawab kekeliruan yang wujud berhubung dengan kepelbagaian struktur dan keragaman mengurus serta keunikan PHEI di Malaysia.

PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM DI MALAYSIA

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9786297534275
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM68.00


Tags: PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM DI MALAYSIA