Penulis : Mohd Zahir Abdul Rahman
Harga : RM35.00
ISBN: 9789670001838
Tahun terbitan : 2023
Muka Surat : m/s 119
Waswas merupakan satu perkataan yang unik. Perkataan waswas berulang kali disebut dalam surah al-Nas. Menariknya, waswas turut dikaitkan dengan obsessive-compulsive disorder (OCD) iaitu salah satu jenis penyakit mental.
Istilah waswas juga digunakan dalam bidang psikiatri moden yang berkaitan dengan tema keagamaan dan kepercayaan beragama bagi OCD seperti perbuatan berulang kali dalam berwuduk, terlalu menekankan pembacaan al-Fatihah ketika solat, mengangkat takbir berulang kali dan perbuatan lain lagi. Bagi memberikan penjelasan dan kefahaman kepada pembaca mengenai waswas, buku ini menghimpunkan rujukan daripada pelbagai kitab tafsir dan syarah hadis berserta pandangan sarjana Muslim dan psikiatri moden. Hasilnya, kefahaman secara khusus bagi waswas dan OCD dapat dileraikan secara komprehensif dalam mencambahkan edisi penulisan integrasi berbentuk naqli dan aqli dalam kesihatan mental kepada masyarakat awam.
WASWAS DAN OBSESSIVE-COMPULSIVE DISORDER (OCD) DARI PERSPEKTIF AL-QURAN,HADIS DAN KESIHATAN MENTAL
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789670001838
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM35.00
Tags: WASWAS DAN OBSESSIVE-COMPULSIVE DISORDER (OCD) DARI PERSPEKTIF AL-QURAN, HADIS DAN KESIHATAN MENTAL