ISBN: 978-967-529543-0
Tahun: 2010
Penulis: MUHAMMAD MUSTAQIM MOHD ZARIF
Sinopsis:
Al-mustadrak 'ala al-sahihain karangan al-hakim al-naisaburi (m. 405h) merupakan antara karya warisan nabawi terpenting dalam sejarah islam. Kepentingannya dapat dilihat menerusi iltizam pengarangnya untuk memuatkan hadis-hadis yang sahih sahaja di dalamnya, terutamanya yang menepati kriteria penerimaan al-bukhari dan muslim, atau salah seorang daripada mereka. walau bagaimanapun, harapan ini tidak direalisasikan oleh al-hakim secara konsisten seperti yang dijanjikan. ini mengakibatkan kewujudan sejumlah hadis yang tidak menepati syarat hadis sahih, apalagi syarat penerimaan al-bukhari dan muslim. perkara ini jiga mengundang pelbagai kritikan bukan sahaja terhadap al-mustadrak, bahkan melibatkan keperibadian dan kredibiliti al-hakim salaku pengarangnya. justeru, buku ini bertujuan mengupas pelbagai isu berkaitan konsepsi dan metodologi al-hakim dalam peneimaan hadis dan sejauh manakah ia diaplikasikan dalam penulisan al-mustadrak. di samping itu, perbincangan mengenai biodata dan kerdibiliti al-hakim turut dimuatkan selain penilaian sampel beberapa hadis terpilih yang terdapat dalamnya. ini bukan sahaja dapat memberikan satu gambaran yang komprehensif mengenai al-hakim dan karyanya ini, bahkan dapat membuka jalan ke arah memahami dan memanfaatkannya sebagaimana layaknya.
AL-HAKIM AL-NAISABURI & METODOLOGI PENULISAN HADIS AL-MUSTADRAK 'ALA AL'SAHIHAIN
- Kod Produk: 9789675295430
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM30.00