Penulis: Hamza Abed Al-Karem Hammad I Muhammad Hafiz Saleh
Harga: RM 35.00
ISBN: 978-967-0393-67-4
Terbitan: 2013
Jum. Halaman: 241 m/s
Penerapan kemahiran berfikir merupakan perkara yang sangat penting dalam proses pembelajaran. Ia mampu membantu seseorang meningkatkan daya berfikir terutamanya dalam kalangan pelajar. Ini kerana dengan kemahiran berfikir, seseorang mampu berfikir secara kreatif dan kritis dalam menangani suatu isu atau permasalahan dengan lebih bijak. Buku yang diterbitkan ini cuba menerapkan kemahiran berfikir menerusi pembelajaran ilmu tajwid dengan mengemukakan jenis-jenis kemahiran berfikir serta pelbagai latihan yang melibatkan hukum tajwid dalam mengasah kemahiran berfikir. Antara kemahiran berfikir yang diterapkan adalah kemahiran mengklasifikasi, membanding, membeza, mengatur, menyusun, menghubung kait, dan lain-lain lagi. Diharapkan buku ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan mampu mencapai objektifnya iaitu mengembangkan minda pelajar dengan kemahiran-kemahiran berfikir menerusi pembelajaran ilmu tajwid.
KEMAHIRAN BERFIKIR MENERUSI PEMBELAJARAN ILMU TAJWID
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789670393674
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM35.00