Penulis: Aspalilah Alias I Nurjehan Mohamed Ibrahim I Ahmad Wifaq Mokhtar
Harga: RM 25.00
ISBN: 978-967-440-278-5
Terbitan: 2016
Jum. Halaman: 64 m/s
Buku ini membincangkan persoalan dan kemusykilan masyarakat umum tentang hukum rawatan pergigian pada pandangan Islam. Terdapat pelbagai rawatan pergigian termasuk rawatan cabutan gigi, pembedahan gigi, rawatan pergerakan gigi, kecantikan gigi, penampalan gigi, rawatan gusi dan sebagainya. Terdapat juga kemusykilan mengenai rawatan gigi semasa bulan puasa dan pelbagai situasi dan keadaan yang menjadi tanda tanya masyarakat serta pengamal pergigian itu sendiri. Selain itu. isu halal bahan-bahan yang digunakan semasa rawatan pergigian juga menjadi kontroversi.
Buku ini mengupas bidang-bidang dalam ilmu pergigian dan membincangkan masalah pergigian kini. Keistimewaan buku ini ditulis oleh pensyarah-pensyarah pergigian dan pakar ilmu fiqh yang berpengalaman serta kombinasi daripada idea para pelajar pergigian bagi menyingkap dan meleraikan masalah yang sentiasa menjadi persoalan dalam rawatan pergigian.
FIQH PERGIGIAN...MENJAWAB KERAGUAN ANDA ~ 21 Soal Jawab mengenai hukum dan isu dalam rawatan pergigian
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789674402785
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM25.00