Penulis: Muhammad Widus Sempo, Norita Md Norwawi

Harga: RM 50.00

ISBN: 978-967-440-644-8

Terbitan: 2019

Jum. Halaman: 454 m/s


Kenapa sebahagian nama-nama surah al-Quran datang dengan nama haiwan, seperti surah Al-Baqarah (lembu betina), An-Nahl (lebah), Al-Ankabut (labah-labah) dan seumpamanya?Apakah hubung kait antara nama setiap surah dan kandungan yang terdapat di dalamnya? Apakah formula Quranik yang dapat diambil daripada kefahaman terhadap nama-nama surah al-Quran dalam membina insan yang berkualiti?


Kesemua pertanyaan di atas telah terjawab dengan jelas dalam buku ini. Seterusnya, setiap surah al-Quran dihuraikan melalui pelbagai tahap seperti berikut; maksud di sebalik nama-nama bagi setiap surah, masa dan tempat penurunan (tanzil), matlamat asas di sebalik penurunan surah dan formula pengajaran yang terkandung di dalamnya. Turut dijelaskan isu nama-nama surah al-Quran yang dipertikaikan ulama secara panjang lebar sama ada kesemuanya tawqifiyy atau sebahagian daripada nama nama itu datang daripada ijtihad sahabat. Kefahaman terhadap makna di sebalik nama-nama surah al-Quran dirumuskan melalui 114 Formula Quranik Dalam Membina Insan Yang Berkualiti. 






114 FORMULA QURANIK DALAM MEMBINA INSAN YANG BERKUALITI

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9789674406448
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM50.00


  • 5 atau lebih RM0.00