Penulis: Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim I Abd Halim Hussin I Khairunneezam Mohd Noor I Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali I Muhamad Aizuddin Rasid
Harga: RM 32.00
ISBN: 978-967-440-293-8
Terbitan: 2016
Jum. Halaman: 151 m/s
Penyalahgunaan dadah kini telah menular kepada golongan yang sangat muda di Malaysia. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, sekolah dan ibu bapa bagi mencegah masalah ini daripada berleluasa. Namun, belum lagi dapat menemui kaedah yang boleh menjamin keberkesanannya. Usaha berterusan daripada semua pihak sangat diperlukan. Buku ini adalah satu usaha dalam membina modul pencegahan khusus untuk golongan awal remaja (8 hingga 12 tahun) yang mengintegrasikan naqli (ilmu wahyu) dan ilmu aqli (ilmu akal) dalam pelaksanaannya. Modul pencegahan awal untuk golongan awal remaja ini boleh digunakan oleh para kaunselor atau guru bimbingan di sekolah rendah, guru-guru atau guru agama, serta ibu bapa. Modul yang mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli ini, dibina sangat mudah dan menarik serta sesuai dengan pelajar muda yang suka kepada pendekatan berkelompok bersama rakan-rakan dan bahan-bahan multimedia yang merangsang minat dan fikiran.
PENDEKATAN NAQLI DAN AQLI DALAM PENCEGAHAN AWAL PENYALAHGUNAAN DADAH PERINGKAT AWAL REMAJA
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 978-967-440-293-8
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM32.00