Penulis: Mohd Faisol Ibrahim
Harga: RM 28.00
ISBN: 978-967-440-291-4
Terbitan: 2016
Jum. Halaman: 128 m/s
Pencapaian cemerlang dalam akademik semata-mata tidak semestinya menjamin pelajar akan terus diterima ke pasaran kerja di Malaysia. Majikan pada hari ini sangat memilih untuk mengambil pekerja baharu dan meletakkan pelbagai kriteria penting kepada seseorang yang ingin bekerja. Majikan mengharapkan pelajar yang ingin memasuki pekerjaan perlu memiliki lebih daripada prestasi cemerlang dalam akademik.
Buku ini mengupas keperluan kemahiran-kemahiran yang perlu wujud dalam diri pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan. Antara topik yang dibincangkan dalam buku ini merangkumi cemerlang menurut perspektif Islam, Rasulullah SAW ikon terhebat, Kemahiran Insaniah, ayat al-Quran berkaitan kemahiran insaniah, petua kejayaan mahasiswa cemerlang, sifat-sifat kemahiran insaniah pelajar cemerlang, kategori pelajar-pelajar di universiti serta aplikasi naqli dan aqli dalam kehidupan mahasiswa. Buku ini amat sesuai dijadikan panduan, rujukan serta sumber pengetahuan khususnya bagi pelajar, guru serta ahli akademik.
DR. MOHD FAISOL IBRAHIM merupakan pensyarah kanan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat di Universiti Sains Islam Malaysia. Bidang kepakaran beliau ialah Ekonomi Islam, Perbankan Islam, Takaful, Keusahawanan Islam dan Kemahiran Insaniah Islam. Beliau mempunyai kepakaran dan pengalaman dengan pelajar semasa berkhidmat di Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah, USIM; pengetua kolej, felo dan Hal Ehwal Pelajar di Universiti Malaysia Sabah; dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia. Beliau juga sering dijemput untuk memberikan ceramah motivasi di peringkat sekolah dan universiti.
PELAJAR CEMERLANG DI UNIVERSITI BERASASKAN NAQLI DAN AQLI
- Kod Produk: 9789674402914
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM28.00