Penulis: Zahari Mahad Musa I Mushaddad Hasbullah
Harga: RM 26.00
ISBN: 978-967-440-122-1
Terbitan: 2015
Jum. Halaman: 160 m/s
Hukum faraid merupakan undang-undang pusaka yang komprehensif, sempurna dan bersifat adil dalam pengurusan harta keluarga dalam Islam. Undang-undang ini mempunyai dasar yang jelas kerana ia merupakan ketetapan Allah SWT yang lebih mengetahui segala-galanya. Buku ini merupakan usaha untuk menerangkan faraid sebagai salah satu medium pengurusan harta pusaka dalam Islam. Paparan utama dalam buku ini menyentuh pengenalan faraid serta perincian komponen penting melalui pembahagian dan pengiraan harta pusaka melalui faraid. Buku ini ditulis bagi menjadi bacaan umum untuk mengetahui kepentingan, pembahagian dan pengiraan harta pusaka yang diselesaikan melalui faraid.
Zahari bin Mahad Musa
B. Syariah [Fiqh & Usul al-Fiqh] (Al al-Bayt, Jordan) Sarjana Pengajian Islam [Syariah] (UKM), berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia.
Mushaddad bin Hasbullah
B. Syariah [Fiqh & Usul al-Fiqh] (Madinah) Sarjana Ilmu Wahyu [Fiqh & Usul al-Fiqh] (IIUM) Doktor Falsafah [Fiqh & Usul al-Fiqh] (IIUM), berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia.
FARAID PEMBAHAGIAN PUSAKA DALAM ISLAM
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789674401221
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM26.00