KAMALUDDIN NURDIN MARJUNI
978-967-5295-51-2
RM 50.00
2011
Buku ini akan memaparkan dan membincangkan pelbagai permasalahan, dengan memfokuskan kepada lima perkara utama iaitu sejarah penubuhan, perkembangan, metodologi, permasalahan-permasalahan aqidah dan yang kelima isu-isu perbezaan dan perselisihan di kalangan pemikir.
Buku ini turut membincangkan aliran-aliran teologi Islam yang meliputi lima aliran, iaitu : Ibadhiyah (Khawarij), Mu’tazilah, Asy’ariah, Maturidiyah dan Zahiriyah. Setiap aliran akan dibahaskan dalam buku ini dari segi penubuhan, perkembangan dan metodologi para ulama kalam dalam memahami dan menegaskan aqidah Islamiah.
Pada dasarnya buku ini adalah buku perbandingan teologi Islam bertujuan untuk memberikan pemahaman tentang peranan para ulama kalam (teologi Islam) dalam membina aqidah Islam, yang dimulakan dengan pembentukan aliran dalam perjalanan dan perkembangannya yang dipenuhi dengan berbagai perselisihan dan perdebatan ilmiah.
AL-MAZAHIB AL-AQA’IDIYAH AL-ISLAMIYAH
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 978-967-5295-51-2
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM50.00