- BUKAN UNTUK DIJUAL -

- NOT FOR SALE -

Penulis: Sharifudin Md Shaarani
 
ISBN: 9786297636603
 
Tahun Terbitan: 2024
 
Harga: -
 
Jumlah Muka Surat: 95 m/s.
 
Kelestarian Industri Makanan Halal: Falsafah dan Aplikasi Halalan Toyyiban menyelami aspek penghasilan makanan Halal dari perspektif serta sains dan teknologi makanan.
 
Buku ini menggabungkan ilmu naqli dan aqli, membincangkan falsafah makanan Halal bermula dari Sejarah penciptaan manusia hingga kepada arahan dan larangan dalam al-Quran.
 
Selain itu, buku ini menyelidiki fungsi makanan menurut Islam dan Sains, mengulas aplikasi Halalan Toyyiban dalam pemprosesan makanan, serta memperkenalkan konsep “Buih Halal” dan bahan tambah makanan. Buku ini juga membahas ekosistem Halal yang mampan di Malaysia.
 
Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, ialah seorang tokoh yang dihormati dalam bidang sains makanan dengan pengalaman yang luas di peringkat antarabangsa dan tempatan.
 
Buku ini bukan sahaja memberikan panduan praktikal tetapi juga wawasan mendalam mengenai kelestarian industri makanan.

KELESTARIAN INDUSTRI MAKANAN HALAL: FALSAFAH DAN APLIKASI HALALAN TOYYIBAN

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9786297636603
  • Kewujudan: Out Of Stock
  • RM0.00


Tags: Sharifudin Md Shaarani, 2024, FST