Juga boleh dibeli melalui pautan di bawah /
Also available for purchase at the link below:
Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace
Penyunting: Mashitah Sulaiman, Siti Nor Azhani Mohd Tohar
ISBN: 9786297636153
Tahun Terbitan: 2024
Harga: RM 40.00
Jumlah Muka Surat: 271 m/s.
Etika dan Peradaban ialah dua konsep umum sejagat yang dipilih untuk difahami dalam kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. Kedua-dua konsep ini penting untuk memahami dan menghayati dinamika sesebuah masyarakat.
Buku Penghayatan Etika dan Peradaban ini merupakan inisiatif yang dilakukan untuk memberi pengetahuan kepada pembaca tentang kepentingan mulia ke arah pembinaan peradaban yang unggul. Pelbagai istilah, konsep dan isu berkaitan etika dan peradaban dibincangkan dalam buku ini yang memaparkan sebanyak sembilan bab.
Penghayatan etika dan peradaban di Malaysia boleh dihuraikan dan difahami mengikut “acuan Malaysia” berdasarkan susur masa evolusi sejarah tersebut. Perbincangan tentang etika dan peradaban juga akan dbahaskan berdasarkan kepada tiga komponen penting iaitu Sejarah, struktur sosial dan biografi.
Selain itu, penghayatan etika dan peradaban juga akan dibahaskan secara umum berdasarkan kepada konteks akhlak Islam.
Oleh itu menghayati etika dan peradaban memberikan kefahaman kepada kita tentang asal-usul adab, adat istiadat dan adat resam etnik serta masyarakat pelbagai di Malaysia yang telah diwarisi dari generasi terdahulu dan pada masa yang sama membangunkan sebuah peradaban yang sejahtera pada masa hadapan.
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9786297636153
- Kewujudan: 1
-
RM40.00
Tags: Mashitah Sulaiman, Siti Nor Azhani Mohd Tohar, PPT, 2024, FKP






