Juga
boleh dibeli melalui pautan di bawah /
Also available for purchase at the link below:
Shopee
- Kota Buku - MySiswaPlace
Penulis:
Nur Saadah Hamisan@Khair, Norzulaili Mohd Ghazali
ISBN:
9789670001166
Tahun
Terbitan: 2022
Harga:
RM 40.00
Jumlah
Muka Surat: 124 m/s.
Penglibatan
wanita dalam periwayatan dan penyampaian hadis bukanlah perkara asing.
Biarpun berbeza jantina,
wanita memainkan peranan penting seperti lelaki dalam ilmu hadis kerana mempelajari
hadis adalah antara cara terbaik untuk mengenali sejarah kehidupan Nabi Muhammad
SAW.
Muhaddithat ialah
wanita yang bukan sahaja meriwayatkan hadis tetapi juga mempunyai kepakaran
dalam bidang hadis.
Mereka
ialah bidadari yang memanfaatkan seluruh kehidupan mereka dengan kata-kata Nabi
SAW dan menghidupkan sunah Baginda.
Buku ini
menghimpunkan ulama hadis dalam kalangan wanita yang disusun mengikut
kurun (tahun hijrah).
Secara
keseluruhannya, buku ini menghidangkan biodata Muhaddithat secara santai dan
ringkas, serta mengetengahkan nama-nama Muhaddithat sama ada yang dikenali ramai
mahupun tidak.
Ia
juga turut menyentuh tentang sumbangan mereka yang boleh dijadikan contoh
oleh generasi pada masa kini kerana para wanita ini ialah bidadari dunia yang menjadi
perhiasan terbaik sepanjang zaman dan tidak wajar dilupakan.
Tags: Nur Saadah Hamisan@Khair, Norzulaili Mohd Ghazali, 2022, FPQS


