Juga boleh dibeli melalui pautan di bawah /
Also available for purchase at the link below:

Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace

 
Penulis: Latifah Abdul Latiff

ISBN: 9786297863115
 
Tahun Terbitan: 2026
 
Harga: RM 46.00
 
Jumlah Muka Surat: 153 m/s

Buku ini membicarakan mengenai Orientalisme sebagai suatu wacana kuasa yang membentuk cara Barat memahami, mentafsir dan mendominasi dunia Timur, khususnya Islam dan masyarakat Muslim.

Berlandaskan kerangka kritikal Edward Said, buku ini menolak tanggapan bahawa Orientalisme bersifat neutral atau semata-mata akademik, sebaliknya menegaskan peranannya dalam menyokong kolonialisme, imperialisme dan hegemoni intelektual Barat.

Perbincangan meliputi sejarah perkembangan Orientalisme, pendekatan kajian orientalis, hubungannya dengan perdagangan, kolonialisme dan gerakan mubaligh agama Kristian (missionary), serta analisis ringkas tokoh-tokoh orientalis terkemuka.

Buku ini turut meneliti kesan berpanjangan Orientalisme terhadap pemikiran, persepsi dan identiti masyarakat Timur sehingga ke hari ini.

Diharapkan karya ini dapat membina kesedaran kritikal, meleraikan salah faham terhadap Islam, serta menjadi rujukan penting dalam memahami hubungan kompleks antara Barat dan Timur.

ORIENTALISME & DUNIA TIMUR

  • RM46.00


Tags: Latifah Abdul Latiff, 2026, PPT