Juga boleh dibeli melalui pautan di bawah /
Also available for purchase at the link below:
Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace
Penyusun: Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Mohammad Aizuddin Abdul Aziz, Syed Salim Syed Shamsuddin, Mohd Faisal Mohamed, Muhammad Farid Wajdi Ab. Rahim
ISBN: 9786297748948
Tahun Terbitan: 2026
Harga: RM 40.00
Jumlah Muka Surat: 120 m/s
Bolehkah umat Islam berpada dan merasa cukup dengan hanya kitan dan sunah sahaja untuk mempelajari, memahami, mengamalkan dan menghayati setiap ajaran Islam?
Mengapakah Allah Taala mengutuskan para rasul dan mengangkat kedudukan para ulama dalam mengajar serta membimbing setiap ajaran agama?
Adakah agama islam ini hanya rujukan teks dengan pemahaman secara literal dan bebas bagi setiap muslim?
Adakah terdapat manhaj atau metodologi yang tepat bagi memahami setiap nas dalam al-Quran dan Rasulullah S.A.W?
Buku ini ialah hasil kajian transliterasi dan analisis Risalah Manhaj Ahli Al-Sunnah Oleh Tuan Guru Abdul Qadir bin Wangah (1921-1991) atau Ayah Dir Sekam yang merupakan salah seorang ulama tersohor dalam bidang Usuludin dari Patani, Thailand.
Risalah setebal 120 halaman ini membincangkan mengenai pentafsiran ayat-ayat mutashabihat yang terdapat dalam hadis dan al-Quran.
Risalah Manhaj Ahli Al-Sunnah yang disusun oleh Ayah Dir Sekam ini turut memberikan 18 ayat mutashabihat, perbincangan berkenaan maksud hadis jariyah dan menjawab dua persoalan umum daripada kalangan awam berkenaan kiblat doa dan dalil menyucikan (tanzih) Allah Taala.
Risalah Manhaj Ahli Al-Sunnah oleh Ayah Dir Sekam ini merupakan merupakan salah satu teks akidah Islam yang sangat sesuai untuk diambil isi-isi pentingnya dan panduan-panduan ringkas sebagai rujukan masyarakat Islam di Nusantara, atau Malaysia khususnya.
RISALAH MANHAJ AHLI AL-SUNNAH OLEH TUAN GURU ABDUL QADIR BIN WANGAH (1921-1991): ANALISIS DALAM WACANA AKIDAH SEMASA
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9786297748948
- Kewujudan: Out Of Stock
-
RM40.00
Tags: Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Mohammad Aizuddin Abdul Aziz, Syed Salim Syed Shamsuddin, Mohd Faisal Mohamed, Muhammad Farid Wajdi Ab. Rahim, 2026, FKP, PPT, FSU



