Juga boleh dibeli melalui pautan di bawah /
Also available for purchase at the link below:
Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace
Penulis: Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin, Sofiah Md Auzair, Nurul Aini Muhamed, Saunah Zainon
ISBN: 9786297863085
Tahun Terbitan: 2026
Harga: RM 28.00
Jumlah Muka Surat: 102 m/s.
Transformasi pengurusan kewangan masjid perlu dilaksanakan secara tersusun dan sistematik dengan memanfaatkan teknologi kewangan (FinTech) bagi meningkatkan ketelusan, ketepatan dan kecekapan dalam perekodan serta pelaporan kewangan.
Sebagai sebahagian daripada perusahaan sosial Islam, masjid berpotensi besar untuk menggunakan FinTech dalam memperkukuhkan aktiviti dakwah, sosial dan ekonomi masyarakat setempat melalui sistem kutipan, pengurusan dan agihan dana yang lebih efisien.
Secara keseluruhan, buku ini menghuraikan peranan masjid dalam konteks perusahaan sosial Islam di Malaysia, perkembangan FinTech serta aplikasinya dalam pengurusan kewangan masjid, dan seterusnya memperkenalkan model pengadaptasian FinTech bagi memastikan kemampanan dan kelestarian kewangan institusi masjid.
Justeru, strategi dan inisiatif digital termasuklah pelaksanaan FinTech dalam pengurusan kewangan adalah penting agar masjid kekal relevan sebagai pusat pembangunan dakwah, sosial dan ekonomi umat Islam.
FINTECH DAN MASJID: STRATEGI DIGITAL DALAM PENGURUSAN KEWANGAN
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9786297863085
- Kewujudan: 1
-
RM28.00
Tags: Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin, Sofiah Md Auzair, Nurul Aini Muhamed, Saunah Zainon, 2026, FEM




