Juga boleh dibeli melalui pautan di bawah /
Also available for purchase at the link below:
Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace
Penulis: Zulhilmi Mohamed Nor, Mohd Yusuf Ismail, Amiruddin Mohd Sobali, Ahmad Sanusi Azmi
ISBN: 9789674404451
Tahun Terbitan: 2025
Harga: RM 38.00
Jumlah Muka Surat: 241 m/s.
Syarah
Hadis 40 al-Nawawiyah ini dilengkapi dengan beberapa aspek huraian
iaitu Terjemahan Perkata Hadis, Biodata Perawi Sahabat, Catatan Ulum
Hadis yang menghuraikan ilmu hadis berkaitan dengan hadis-hadis yang
terdapat dalam buku ini dan Huraian Ringkas Hadis.
Edisi ini juga
mengandungi biodata beliau seperti kitab Tuhfatu al-Thalibin fi
Tarjamati al-Imam Muhyiddin oleh murid kanannya Ali bin Ibrahim yang
dikenali sebagai Ibnu al-'Atthar (wafat 724H), dan kitab al-Minhal
al-'Azb al-Rawiy fi Tarjamati Qutb al-Awliya' al-Nawawi oleh al-Sakhawi
(wafat 902H).
Mengenali tokoh seperti al-Nawawi adalah sesuatu
yang sangat penting bagi umat Islam. Kami merasakan kepentingan buku
Hadis 40 ini kepada masyarakat Islam dalam menempuhi cabaran hidup masa
kini.
Seharusnya rujukan asas seperti ini dijadikan bacaan wajib
bagi setiap individu Muslim dan ditelaah berulang kali agar panduannya
dapat dihadam dengan baik.
Harapan kami, dengan penerbitan buku
ini penghayatan umat Islam terhadap hadis Nabi akan bertambah mendalam,
Seterusnya memperkukuh amalan Islam dalam kalangan umatnya, di samping
mendekatkan lagi individu Muslim kepada pedoman Rasul tercinta.
Tags: Zulhilmi Mohamed Nor, Mohd Yusuf Ismail, Amiruddin Mohd Sobali, Ahmad Sanusi Azmi, 2025, FPQS






