Juga boleh dibeli melalui / Also available for purchase at: 
Shopee - Kota Buku - MySiswaPlace

Penyunting:  Elina Mohd Husini, Fadli Arabi, Nasrudin Sharkawi

ISBN: 9786297636788

Tahun Terbitan: 2024

Harga: RM 65.00

Jumlah Muka Surat: 235 m/s.

Rumah Solar Mizan @ MizanHome merupakan kolaborasi strategik kepakaran dari dua buah universiti awam iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai universiti peneraju bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). 

MizanHome merupakan wakil tunggal negara dan Asia Tenggara ke pertandingan Solar Decathlon yang dianjurkan oleh Dubai Electricity and Water Authority (DEWA) bagi menghasilkan sebuah rumah pintar dijanakan oleh tenaga suria sepenuhnya. 

Pertandingan Solar Decathlon Middle East (SDME) 2018 merupakan pertandingan bertaraf kejuaraan dunia dalam kategori rumah bertenaga solar. Pendekatan tersebut direka berdasarkan kepada elemen utama di dalam seni bina dan pendekatan naqli iaitu alam sekitar seperti suhu, angin dan cahaya. Manusia, iaitu keselesaan dan budaya serta teknologi seperti seni bina, kejuruteraan dan sains. 

Kejayaan USIM untuk layak ke peringkat akhir pertandingan SDME ini membolehkan USIM membawa pulang hadiah wang pertandingan sebanyak AED400,000.00 dan merangkul anugerah People's Choice Award.

MEMOIR MIZAN HOME DUBAI SOLAR DECATHLON MIDDLE EAST 2018

  • RM65.00


Tags: Elina Mohd Husini, Fadli Arabi, Nasrudin Sharkawi, FKAB, 2024