ISBN: 978-967-5295-49-2
Tahun: 2010
Penulis:
- AZMAN AB RAHMAN
- IRWAN MOHD SUBRI
- FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDAN
Snopsis:
Buku ini memfokuskan perbincangan tentang pelaburan wang zakat menurut perspektif fiqah dari segi konsep, bentuk dan hukumnya. Ia turut membincangkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW secara langsung atau tidak yang berkaitan isu pelaburan serta kepentingannya daripada perspektif Islam. Tafsiran-tafsiran para ulama terhadap ayat dan hadis tersebut dikaitkan pula dengan pelaburan yang melibatkan wang zakat. Buku ini juga membincangkan garis panduan dan syarat secara terperinci yang perlu diikuti oleh pusat-pusat zakat sekiranya ingin melaburkan wang zakat. Turut disentuh ialah perbincangan mengenai isu keuntungan dan kerugian sekiranya wang zakat dilaburkan. Buku ini boleh menjadi panduan kepada pusat-pusat zakat terutamanya di Malaysia dalam pelaburan wang zakat, seterusnya mempertingkatkan sistem pengurusan zakat di negara ini. Diharapkan juga dapat memberi gambaran kepada masyarakat awam tentang konsep pelaburan wang zakat. Kefahaman ini penting agar tidak berlaku salah faham terhadap baitulmal ataupun pusat zakat dalam merancang dan mengagihkan zakat secara telus, amanah dan adil.
PELABURAN WANG ZAKAT MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
- Jenama: Penerbit USIM
- Kod Produk: 9789675295492
- Kewujudan: Ada Stok
-
RM28.00