Penulis : Mohd Zohdi Mohd Amin

Harga : RM 38.00

ISBN: 978-967-440-931-9

Tahun terbitan : 2022

Muka surat : 131 m/s


Buku ini membincangkan hadis yang bersangkut-paut dengan isu perpecahan umat Muhammad SAW yang lebih dikenali dengan hadis Iftiraq al-Ummah. Kesahihan dan penerimaan ini menjadi isu kontroversi dalam kalangan para cendekiawan Islam kontemporari mahupun silam. Hadis ini juga sering dipergunakan oleh sesetengah pihak untuk menyokong perjuangan masing-masing serta menuding kesesatan kepada pihak lawan. Tidak kurang juga pihak yang cuba mentafsirkan pengertian hadis sesuai dengan ideologi masing-masing. Buku ini membahaskan status kesahihan hadis berkenaan dari sudut sandaran sanadnya melalui neraca ahli hadis. Di samping menjawab keraguan yang cuba dikaitkan dengan hadis ini, sekali gus membersihkan hadis berkenaan daripada kecacatan atau ‘illah pada pengertiannya. Buku ini seterusnya menghidangkan kefahaman yang sahih bagi mengelakkan salah faham yang merosakkan maksud hadis.



73 JALAN... YANG SAMPAI HANYA SATU JALAN : WACANA HADIS IFTIRAQ AL-UMMAH MENDEPANI SENARIO PERPECAHAN UMAT

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9789674409319
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM38.00