PenulisAbdul Hanid Halit

Harga: RM 30.00

ISBN: 978-967-440-418-5

Terbitan: 2017

Jum. Halaman: 121 m/s

KEMAHIRAN PROGRAM KERJAYA REMAJA adalah karya siri kerjaya Prof. Madya Dr. Abdul Hanid Halit (A.M.N.) berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam bidang ini.  Buku-buku tersebut adalah Program Perkembangan Kerjaya Remaja, Pembinaan Modul Program Kerjaya (MPK), Pembinaan Inventori Program Kerjaya (SIPK) dan Profil Perkembangan Kerjaya Dalam Bidang Sains Sosial. Kesemua buku tersebut berdasarkan Donald Super (1971 dan 1990).  Buku Kemahiran Program Kerjaya Remaja ini membincangkan kemahiran-kemahiran menguji kesahan dan kebolehpercayaan program kerjaya, implikasi, teoritikal, aplikasi praktikal dan program kerjaya. Oleh itu, untuk mendapatkan lebih kefahaman berkaitan perkembangan kerjaya yang sah dan dipercayai pengguna disyorkan memiliki keempat-empat buah buku ini.


PROF. MADYA DR. ABDUL HANID HALIT (A.M.N.) memperoleh Doktor Falsafah dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor pada 2007.  Sebelumnya, pada tahun 2000, beliau memperoleh Diploma lanjutan Latihan dan Pembangunan (IAB) di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang dan juga Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor pada tahun 1998. Beliau seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang Selangor pada tahun 1991 dan Diploma Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) di Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI), Tanjung Malim, Perak pada tahun 1988.  
Pada 1975/76, beliau mengikuti pengajaran PPAK di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan berpengalaman sebagai Kaunselor Pelajar Sepenuh Masa beberapa buah sekolah menengah di Terengganu dan bekas Kaunselor Pentadbir di Pejabat Pelajaran Daerah, Dungun, Terengganu.  Mulai pada Ogos tahun 2008 hingga Ogos tahun 2014 beliau bertugas sebagai pensyarah serta Ketua Jabatan, Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

KEMAHIRAN PROGRAM KERJAYA REMAJA : KEMAHIRAN KERJAYA

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9789674404185
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM30.00


Tags: KEMAHIRAN PROGRAM KERJAYA REMAJA : KEMAHIRAN KERJAYA