• 27 HAIWAN ISTIMEWA DALAM AL-QURAN - TINJAUAN TAFSIR TEMATIK DAN SOSIOLINGUISTIK

Penulis: Muhammad Widus Sempo

Harga: RM 36.00

ISBN: 978-967-440-643-1

Terbitan: 2019

Jum. Halaman286 m/s


Apakah haiwan yang disebutkan dalam al-Quran? Apakah gaya persembahan al-Quran ketika membabitkan dunia haiwan dalam perbincangan? Apakah motif dan matlamat utama al-Quran ketika melibatkan haiwan dalam menzahirkan sesuatu makna? Jawapan terhadap kesemua soalan tersebut dapat ditemukan dalm buku ini yang bersifat ensiklopedia. Setiap jenis haiwan dihuraikan secara terperinci melalui pendekatan tafsir tematik dan sosiolinguistik yang komprehensif. Kekerapan penyebutan setiap jenis haiwan dan tamsil-tamsil al-Quran yang membabitkan haiwan sebagai bahan perumpaan turut dinyatakan dalam glosari buku. Setiap bab dalam buku ini juga dibekalkan dengan rumusan pengajaran dan hikmah kehidupan. Kesimpulannya setiap haiwan yang disebutkan dalam al-Quran adalah sangat bersesuaian dengan maksud dan pengajaran hidup yang dizahirkan oleh Allah SWT.


Muhammad Widus Sempo ialah Timbalan Pengarah Akademik dan Pentadbiran Institut Sains Islam (ISI) (2015-2018) dan Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), USIM. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah di Universiti Al-Azhar dalam bidang tafsir dan ilmu-ilmu al-Quran di Kaherah, Mesir. Antara buku beliau yang pernah diterbitkan ialah Terapi Diri Risale'I Nur, Sains Islam, Satu Hari Satu Hikmah dan Tafsir SAintifik Al-Quran.

27 HAIWAN ISTIMEWA DALAM AL-QURAN - TINJAUAN TAFSIR TEMATIK DAN SOSIOLINGUISTIK

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 978-967-440-643-1
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM36.00