• SENSOR KIMIA OPTIK ~ Pendekatan Praktikal dalam Analisis Kimia

Penulis: Musa Ahmad

e-ISBN: e978-967-440-650-9

Terbitan: 2019

Jenis: e-Book format in PDF


PERCUMA

(klik sini untuk muat turun)


Sensor kimia merupakan peranti kecil yang mampu menukarkan informasi kimia dalam analit kepada isyarat elektronik yang boleh diukur. Pada awal penerokaan penyelidikan sensor kimia, kaedah yang digunakan untuk menganalisis spesies kimia ialah dengan mencerap tindak balas yang berlaku dalam larutan. Pembaikan kepada sensor kimia dilakukan dengan memegunkan reagen kimia pada transduser dan tindak balas pada permukaan elektrod boleh dicerap.


Sensor kimia optik adalah berdasarkan kepada pengukuran cahaya yang diserap atau dipancarkan sebagai hasil tindak balas antara reagen terpegun dengan analit. Dalam sensor optik, cahaya akan dipandu menggunakan gentian optik kepada alat pengesan foto. Pengesan foto akan mengesan perubahan keamatan serapan atau pantulan pada panjang gelombang tertentu. Kaedah optik telah memberikan kesan yang sangat besar kepada teknologi sensor kimia pada masa kini dan mempunyai banyak kelebihan berbanding kaedah lain kerana ia melibatkan penggunaan sumber cahaya yang murah dan mudah diperoleh. Sehingga kini penyelidikan sensor kimia masih aktif dijalankan dan turut melibatkan perkembangan teknologi terkini dalam bidang elektronik, bioteknologi, teknologi nano, bahan termaju dan fizik.


Penggunaan bahan termaju seperti cip mikro, partikel-nano, biobahan dalam pembinaan sensor kimia optik telah memberikan sumbangan yang penting seperti peningkatan kepekaan dan kepilihan, penggunaan bahan dalam kuantiti nano dan prosedur analisis yang mudah. Gabungan teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) seperti jaringan neural tiruan (JNT) dengan sensor kimia optik turut membenarkan pemprosesan maklumat dan data dilakukan agar pengukuran kepekatan pelbagai analit secara serentak dan pemanjangan julat dinamik dapat dilakukan. Syarahan ini akan membincangkan dapatan penyelidikan penyelidik dalam bentuk beberapa produk sensor kimia optik yang telah dibangunkan untuk tempoh penyelidikan selama lebih tiga dekad.


Antara produk sensor kimia optik yang menarik yang telah dibangunkan adalah sensor kimia untuk pengesanan analit seperti kapsaisin (kepedasan), fenol, formaldehid (pengawet makanan laut), hidrokuinon (pemutih kulit), ion Al(III), akrilamida (karsinogen dalam makanan gorengan), ion ammonium, rodamin (pewarna belacan), glutamat (perisa makanan) dan permeatrin (pengawet kayu).


Kata kunci: sensor kimia, optik, analisis kimia, analit, cahaya

SENSOR KIMIA OPTIK ~ Pendekatan Praktikal dalam Analisis Kimia

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: e9789674406509
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM0.00


Tags: sensor kimia, optik, analisis kimia, analit, cahaya, musa ahmad