• TADBIR URUS PENGURUSAN ZAKAT BAGI INSTITUSI MASJID DI MALAYSIA

Azman Ab Rahman, Hairunnizam Wahid, Mahazan Abdul Mutalib


Buku ini membincangkan secara komprehensif mengenai tadbir urus pengurusan zakat yang diimplementasikan melalui institusi masjid di Malaysia. Perbincangan memfokuskan kepada sejarah pengurusan zakat dalam Islam, negara-negara Islam dan di Malaysia melalui huraian yang terperinci termasuklah kaedah pengurusan zakat pada zaman Rasulullah SAW dan amalannya pada hari ini. Buku ini juga membincangkan aspek lokalisasi institusi masjid dalam pengurusan zakat di Malaysia di samping menjelaskan amalan pengurusan zakat di beberapa buah negeri terpilih di Malaysia di samping menjelaskan amalan pengurusan zakat di beberapa buah negeri terpilih di Malaysia yang mengamalkan sistem pengurusan zakat di institusi masjid. Buku ini dapat dijadikan sumber rujukan dan panduan yang dapat diguna pakai oleh pihak berwajib, individu dan masyarakat dalam negara ini bagi memperkasa peranan masjid sebagai pusat pengurusan zakat di Malaysia.

TADBIR URUS PENGURUSAN ZAKAT BAGI INSTITUSI MASJID DI MALAYSIA

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9789674406189
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM26.00