WE ACCEPT

 
Shopping Cart
0 items
 

TERAPI DIRI RISALE - I NUR: Pengisian Jiwa Berteraskan Wawasan Al-Quran & Sunah

TERAPI DIRI RISALE - I NUR: Pengisian Jiwa Berteraskan Wawasan Al-Quran & Sunah
Click to enlarge
Price: RM40.00
Availability: In Stock
ISBN: 978-967-440-414-7
Penerbit: Penerbit USIM
Average Rating: Not Rated

Author: Muhammad Widus Sempo

Price: RM 40.00

ISBN: 978-967-440-414-7

Published: 2017

Total Pages: 176 m/s

 

Terapi Diri Risale-I Nur ini menceritakan kekuatan tauhid dan hakikat-hakikat Islam yang terkandung dalam al-Quran dan Sunah yang disusun kemas oleh Bediuzzaman Said Nursi dalam karya agungnya Risale-I Nur. Buku ini ialah hasil koleksi syarahan yang disampaikan dalam wacana bersiri Terapi Diri Risale-I Nur anjuran Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) dan Institut Sains Islam (ISI), USIM. Beberapa hakikat tauhid dalam Risale-i Nur dihurai secara jelas dan mendalam melalui 10 bab dalam buku ini. Perbincangan dalam buku ini juga menawarkan konsep terapi diri melalui penghayatan kandungan tauhid al-Quran dan Sunah. Melalui iman tahkik, manusia akan memiliki dua kekuatan iaitu noktah tumpuan dan noktah sandaran hidup. Ringkasnya, buku ini mampu membawa perubahan diri kepada sesiapa yang ingin mengubati jiwa yang kosong dan jauh daripada nilai-nilai tauhid ataupun keimanan. Justeru, kandungan buku ini sememangnya mampu menjadi terapi dalam merawat penyakit-penyakit jiwa. 

 

 

Muhammad Widus Sempo ialah Timbalan Pengarah Akademik dan Pentadbiran Institut Sains Islam (ISI) dan Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), USIM. Beliau memperoleh B.A, Master dan Ph.D di Universiti Al-Azhar dan Jurusan Tafsir dan Ilmu al-Quran di Kaherah, Mesir. Antara buku yang beliau pernah terbitkan seperti Menggapai Husnul Khatimah, Masihkah Taubatku Diterima? dan Andai Aku Hidup Sekali Lagi (Tafsir Tematik Ayat-Ayat Penyesalan dalam Al-Quran).

Write Review
Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below:

There are no additional images for this product.
Tags: diri, risale, terapi, widus,