WE ACCEPT

 
Shopping Cart
0 items
 

PERUBATAN PENDAPAT KEDUA BAGAIMANA, BILA & MENGAPA PERSPEKTIF PESAKIT

PERUBATAN PENDAPAT KEDUA BAGAIMANA, BILA & MENGAPA PERSPEKTIF PESAKIT
Click to enlarge
Price: RM30.00
Availability: In Stock
ISBN: 978-967-460-486-8
Penerbit: Penerbit USIM
Average Rating: Not Rated

Qty: Add to Cart
(This product has a maximum quantity of 100)

Author:  Dr. Prahlad K. Sethi 

Price: RM 30.00

ISBN: 978-967-460-486-8

Published: 2016

Total Pages: 119m/s

Buku yang menarik ini menerangkan perasaan pesakit apabila berhadapan dengan doktor mereka, serta pemikiran doktor apabila berurusan dengan pesakit.

  • Bagaimanakah doktor memberikan reaksi apabila pesakit mereka meminta pendapat  kedua?
  • Bilakah pesakit sepatutnya mendapatkan pendapat kedua?
  • Apakah alasan untuk mendapatkan pendapat kedua?

Semua persoalan ini dan pertanyaan lain yang mempengaruhi keputusan yang selalunya perlu dibuat oleh pesakit dibincangkan dalam buku ini. Dengan bahasa yang mudah, pengarang mengemukakan contoh yang dipetik daripada pengalaman luas beliau, tentang isu yang berkait dengan Pendapat Kedua. Buku yang mengagumkan dan wajar dibaca oleh setiap pesakit dan doktor yang prihatin.

Dr. Ranjit Roy Chaudhury

MBBS, D.Phil. (Oxford)

 

“Kebanyakan doktor egois. Mereka percaya bahawa tidak ada doktor lain yang lebih berpengetahuan daripada mereka dalam bidang kepakaran mereka.”

“Dalam dunia teknologi yang semakin berkembang pesat, doktor hari ini lebih cenderung menjadi pengendali teknologi berbanding dengan melaksanakan tugas sebenar seorang doktor.”

 

Dr. Prahlad K. Sethi, MD, FAAN, ialah bekas graduan All India Institute of Medical Sciences (AIIMS), New Delhi. Beliau menyertai Army Medical Corps (AMC) dan berkhidmat sewaktu perang India-Pakistan 1965. Beliau dianugerahkan Pingat Vishist Seva (Vishist Seva Medal atau VSM) atas keberanian tertinggi yang ditunjukkan.Beliau menyempurnakan latihan Residensi dalam bidang Neurologi di State University of New York (SUNY) di Buffalo, A.S. Beliau membantu dalam menubuhkan Jabatan Neurologi di Command Hospital di Lucknow, Kolkata dan Delhi sewaktu berkhidmat dalam angkatan tentera. Beliau bersara dengan pangkat Kolonel setelah berkhidmat dengan penuh dedikasi selama 24 tahun.

 

Sejak itu, beliau berkhidmat pula di Sir Ganga Ram Hospital (SGRH), New Delhi. Setelah menubuhkan Jabatan Neurologi di hospital tersebut tanpa apa-apa asas, beliau telah membantu dalam membangunkannya menjadi salah sebuah jabatan neurologi klinikal terbaik di India, dengan makmal neurofisiologi klinikal yang diiktiraf pada peringkat kebangsaan. Dr. Sethi meneruskan tugasnya di SGRH sebagai Profesor Emeritus, Neurologi. Dengan sumbangannya dalam bidang Neurologi, beliau dianugerahkan Padma Shri pada 2002. Yayasan yang ditubuhkannya, iaitu Brain Care Foundation of India, www.braincarefoundation.com, berdedikasi dalam menyebarkan maklumat kepada masyarakat tentang otak manusia, baik dalam keadaan sihat mahupun berpenyakit.

Write Review
Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below:

There are no additional images for this product.