WE ACCEPT

 
Shopping Cart
0 items
 

PANDUAN MEMBINA HARGA DIRI

PANDUAN MEMBINA HARGA DIRI
Click to enlarge
Price: RM28.00
Availability: Out Of Stock
ISBN: 978-967-440-132-0
Penerbit: Penerbit USIM
Average Rating: Not Rated

Author: Salhah Abdullah

Price: RM 28.00

ISBN: 978-967-440-132-0

Published: 2015

Total Pages: 161 m/s

Buku ini berkongsi kefahaman tentang konsep “harga diri” daripada sudut falsafah Islam dan Barat menggunakan pengalaman benar dan kajian ilmiah dalam bentuk gaya bahasa yang mudah difahami. Perkara yang paling berharga yang ingin dikongsi oleh penulis adalah mendekatkan pembaca untuk menyelami kefahaman remaja tentang nilai harga diri tanpa mengabaikannya daripada pelbagai perspektif (pendidik dan ahli psikologi kaunseling). Sebanyak 20 resipi membina harga diri dimuatkan sebagai panduan oleh semua golongan khususnya remaja yang sering berhadapan dengan dilema hilang harga diri. Sesiapa sahaja pasti mendapat manfaat apabila membaca buku ini kerana keunikan yang menggabungkan isu-isu yang berat tentang keruntukan akhlak lantaran kurang kefahaman tentang nilai akhlak dan moral yang mendasari nilai harga diri.

DR. SALHAH ABDULLAH memperolehi Ijazah Kedoktoran dalam bidang kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mengkhususkan kajian tentang harga diri, kemurungan, kecelaruan kognitif, nilai moral dan strategi daya tindak dalam kalangan remaja mangsa rogol. Beliau yang juga pemegang Sarjana Muda (Bimbingan dan Kaunseling)  dan Sarjana Pengurusan Pendidikan di Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menulis hampir lima buah buku sepanjang kerjayanya seperti Guru sebagai Fasilitator, Guru sebagai Mentor, Mentor Efektif, Kecerdasan Pelbagai: Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran dan Kecerdasan dan Kaedah Peningkatannya. Kini, beliau bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. 

Write Review
Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below:

There are no additional images for this product.