• PERANAN LUBAB AL-HADITH DALAM KARYA HADIS DI ALAM MELAYU

Penulis: Muhammad Mustaqim Mohd Zarif

Harga: RM 22.00

ISBN: 978-967-440-074-3

Terbitan: 2014

Jum. Halaman: 161 m/s

Buku ini membincangkan isu penting berkaitan perkembangan ilmu hadis dalam kalangan masyarakat Islam di Alam Melayu sebelum abad ke-20. Secara khasnya, pendekatan sejarah-sosial digunakan bagi merekonstruksi kronologi dan kerangka pemikiran keagamaan masyarakat Melayu berdasarkan karya hadis bertajuk Lubab al-Hadith dan ulasannya oleh dua orang ulama besar Alam Melayu abad ke-19 iaitu Syeikh Nawawi Banten dan Syeikh Wan Ali Kutan Kelantan. Buku yang julung kalinya membincangkan isu penting ini bertujuan memenuhi kelompangan ilmu yang terdapat dalam sejarah keagamaan di Alam Melayu pada zaman pramoden dalam gaya bahasa, persembahan dan kandungan ilmiah yang mudah, ringkas dan berasaskan penyelidikan sejumlah manuskrip dan sumber langka yang berkaitan yang tersimpan di dalam dan luar negara. Pembacanya disasarkan daripada kalangan khalayak umum, ilmuwan, pelajar dan sesiapa sahaja yang berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah perkembangan ilmu hadis di Alam Melayu dengan lebih mendalam. Diharapkan buku ini dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh masyarakat dengan sebaik-baiknya demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

BIODATA PENULIS


Muhammad Mustaqim Mohd Zarif ialah Profesor Madya di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Dengan Kepujian) dan Sarjana dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Pengajian Quran dan Sunnah dan memperoleh Ijazah Kedoktoran dari University of Edinburgh, Scotland dalam bidang pengajian Islam dan manuskrip Melayu-Islam. Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan pentadbiran antaranya; Pemangku Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Pengarah Pusat Pengajian Teras, Pengarah Institut Kefahaman Quran dan Sunnah dan Pengarah Institut Sains Islam, USIM. Beliau juga aktif menghasilkan penyelidikan dan penulisan dalam pelbagai aspek pengajian Islam termasuk bidang al-Quran dan Sunnah, al-Quran Braille, Manuskrip Melayu-Islam dan Islam di Alam Melayu.

PERANAN LUBAB AL-HADITH DALAM KARYA HADIS DI ALAM MELAYU

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 978-967-440-074-3
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM22.00


Produk Berkaitan

MENYINGKAP SEJARAH DAN PERKEMBANGAN AKROBATIK MOTOSIKAL WIRA MERAH KOR POLIS TENTERA DIRAJA

MENYINGKAP SEJARAH DAN PERKEMBANGAN AKROBATIK MOTOSIKAL WIRA MERAH KOR POLIS TENTERA DIRAJA

Mejar Mohd Juraimy Hj. Kadir ISBN : 978-967-5295-76-8 2011 RM 22.00 Buku ini meru..

RM22.00

HUBUNGAN ETNIK EDISI LENGKAP

HUBUNGAN ETNIK EDISI LENGKAP

Hubungan Etnik adalah buku rujukan yang memaparkan latar belakang dan corak hubungan etnik di Mal..

RM20.00

SIRI ISLAM & PENJAGAAN KESIHATAN -GAYA HIDUP SIHAT DAN PENCEGAHAN PENYAKIT SECARA AM

SIRI ISLAM & PENJAGAAN KESIHATAN -GAYA HIDUP SIHAT DAN PENCEGAHAN PENYAKIT SECARA AM

Semoga  pembaca sekalian dapat mempelajari dan memahami konsep kesihatan,  pencegahan p..

RM24.00

RESEARCH REPORT IMPACT OF MALAYSIAN RESEARCH - UNIVERSITIES AS THE ENGINE OF GROWTH FOR NATION BUILDING

RESEARCH REPORT IMPACT OF MALAYSIAN RESEARCH - UNIVERSITIES AS THE ENGINE OF GROWTH FOR NATION BUILDING

Penulis: Kementerian Pendidikan Malaysia Harga: RM 35.00 ISBN: 978-967-440..

RM35.00

SUMBANGAN NOVEL MESIR ZAINAB DALAM KEMUNCULAN NOVEL MALAYSIA FARIDAH HANOM

SUMBANGAN NOVEL MESIR ZAINAB DALAM KEMUNCULAN NOVEL MALAYSIA FARIDAH HANOM

Penulis: Rosni Samah Harga: RM 30.00 ISBN: 978-967-440-090-3 Terbitan:..

RM30.00

KETOKOHAN MUHAMMAD SAID RAMADAN AL-BUTI DALAM BIDANG AKIDAH DAN KETAMADUNAN

KETOKOHAN MUHAMMAD SAID RAMADAN AL-BUTI DALAM BIDANG AKIDAH DAN KETAMADUNAN

Penulis: Mohd Rumaizuddin Ghazali Harga: RM 35.00 ISBN: 978-967-440-146-7 Terbitan: 2..

RM35.00

USIM: THE LEADER IN THE INTEGRATION OF NAQLI & AQLI KNOWLEDGE

USIM: THE LEADER IN THE INTEGRATION OF NAQLI & AQLI KNOWLEDGE

Author: Jasmin Jaimon  I  Nor Azzah Momin  I  Hariza Mohd Yusof  I ..

RM120.00

TRANSFORMATION OF THE HIGHER EDUCATION SYSTEM IN MALAYSIA: APEX INITIATIVE AND WORLD CLASS UNIVERSITY

TRANSFORMATION OF THE HIGHER EDUCATION SYSTEM IN MALAYSIA: APEX INITIATIVE AND WORLD CLASS UNIVERSITY

Penulis: Alexandra Samokhvalova Harga: RM 30.00 ISBN: 978-967-440-238-9 Terbitan: 201..

RM30.00

KIAS TERSIRAT ~ PERANTAUAN BERTEMU MELAYU & ISLAM DI DUNIA MELAYU BENUA

KIAS TERSIRAT ~ PERANTAUAN BERTEMU MELAYU & ISLAM DI DUNIA MELAYU BENUA

Penulis: Herman Abdullah Harga: RM 85.00 ISBN: 978-967-440-272-3 Terbitan: ..

RM85.00

KUMPULAN PANTUN USIM WARISAN SENI BUDAYA MELAYU

KUMPULAN PANTUN USIM WARISAN SENI BUDAYA MELAYU

Penulis: Harizah Mohd Yusof, Mohammad Haji Alias, Nur Syahrina Rahim, Siti Rubaini Mat, Nor ..

RM30.00