• KAEDAH PENGAJARAN KOSA KATA BAHASA ARAB UNTUK PELAJAR BUKAN ARAB

Penulis: Rosni Samah

Harga: RM 22.00

ISBN: 978-967-440-001-5

Terbitan: 2013

Jum. Halaman: 91 m/s

Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia bermula sejak wujudnya sistem pondok lagi. Perkembangannya dapat dilihat melalui pertumbuhan sistem madrasah dan peralihan sistem pondok ke arah sistem madrasah. Proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab lebih kepada terjemahan teks yang dibaca. Bagi meningkatkan kemahiran bahasa Arab, penguasaan kosa kata adalah penting. Permasalahan yang ingin dibincangkan dalam buku ini ialah bagaimanakah kaedah pengajaran kosa kata bahasa Arab yang berkesan. Buku ini juga bertujuan mengemukakan beberapa pendekatan dan asas dalam pemilihan kosa kata bahasa Arab serta aktiviti pengajaran yang boleh diguna pakai bagi meningkatkan penguasaan, pengingatan dan pembudayaan kosa kata dalam kalangan pelajar. Hasil buku ini juga diharap dapat membantu para guru bahasa Arab dalam mempertingkatkan proses pengajaran dan membantu para pelajar dalam pembelajaran serta penguasaan bahasa Arab dengan baik.


Penulis merupakan seorang Profesor Madya di Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari Universiti Al Azhar, ijazah sarjana dan doktor falsafah dalam bidang Sastera Bandingan dari Universiti Kaherah Mesir. Banyak menulis artikel tentang sastera bandingan yang diterbitkan oleh jurnal akademik di negara-negara Arab dan juga artikel tentang isu pembelajaran bahasa Arab yang diterbitkan oleh jurnal tempatan. Beliau juga menulis beberapa buah buku lain, antaranya ialah buku tentang Islam Hadhari: Penguasaan Ilmu Pengetahuan, Sumbangan Bahasa Arab Dalam Perkembangan Peradaban Melayu dan Ta’sir al Hamziyyah wal Burdah Lil Busairi Fi Kitab Kanzul Ula. Bidang kedua pengkhususan beliau ialah pengajaran bahasa Arab untuk bukan penutur jati. Antara buku yang ditulis dalam bidang ini ialah Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bahasa Arab Kepada Bukan Penutur Jati dan Isu-Isu Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia. Beliau telah membentang lebih 40 kertas kerja berkaitan sastera bandingan dan pengajaran bahasa Arab dalam seminar antarabangsa dalam dan luar negara.

KAEDAH PENGAJARAN KOSA KATA BAHASA ARAB UNTUK PELAJAR BUKAN ARAB

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 798-967-440-001-5
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM22.00


Produk Berkaitan

KAJIAN BANDINGAN AYAT NAMAAN BAHASA ARAB – BAHASA MELAYU

KAJIAN BANDINGAN AYAT NAMAAN BAHASA ARAB – BAHASA MELAYU

  SBN: 978-983-2950-71-4 Tahun: 2008 Penulis: WAN MOHARANI MOHAMMAD MU..

RM28.00

BAHASA KEDUA PERBEZAAN, INDIVIDU & LITERASI

BAHASA KEDUA PERBEZAAN, INDIVIDU & LITERASI

SBN: 978-983-2950-73-8 Tahun: 2010 Penulis: HARISON MOHD SIDEK   Buku ini berkis..

RM25.00

KAJIAN TATABAHASA ARAB: DAHULU DAN SEKARANG

KAJIAN TATABAHASA ARAB: DAHULU DAN SEKARANG

  ISBN: 978-983-2950-70-7 Tahun: 2003 Penulis:  MUHAMMAD MARWAN IS..

RM30.00

KAJIAN SIMANTIK DAN MUCJAM CARABIY

KAJIAN SIMANTIK DAN MUCJAM CARABIY

ISBN: 978-983-5295-09-6 Tahun: 2009 Penulis:   MUHAMMAD MARWAN BIN ..

RM30.00

KESAN BAHASA ARAB DALAM PERADABAN MELAYU DI MALAYSIA

KESAN BAHASA ARAB DALAM PERADABAN MELAYU DI MALAYSIA

  ISBN: 983-2950-37-6 Tahun: 2005 Penulis:  ZAINUR RIJAL ABDUL RAZAK ..

RM26.00

ESSAY ON LANGUAGE AND ETHNIC RELATIONS

ESSAY ON LANGUAGE AND ETHNIC RELATIONS

ISBN 978-983-2950-95-0 Abdul Karim Abdullah @ Leslie Terebessy  I  Hisham Sabri&nbs..

RM30.00

ESSAYS AND STUDIES ON THE TEACHING OF A SECOND LANGUAGE

ESSAYS AND STUDIES ON THE TEACHING OF A SECOND LANGUAGE

978-967-5852-12-1 HARISON MOHD SIDEK  I  HAZLINA ABDULLAH 2012 In the ever-..

RM28.00

AL-ABQARI

AL-ABQARI

ISSN: 2232-0431 VOL 1, 2011 ..

RM35.00

A GUIDE TO EFFECTIVE TEACHING

A GUIDE TO EFFECTIVE TEACHING

Penulis: Qais Faryadi Harga: RM 20.00 ISBN: 978-967-0393-45-2 Terbitan: 201..

RM20.00

BREAKTHROUGH - A STRATEGIC APPROACH TO ENGLISH FOR ACADEMIC PURPOSES

BREAKTHROUGH - A STRATEGIC APPROACH TO ENGLISH FOR ACADEMIC PURPOSES

Penulis: Siti Salmiah Muhammad Harga: RM 20.00 ISBN: 978-967-0393-71-1 Terbitan: 2013..

RM20.00

PEMIKIRAN SASTERA ISLAM MENGIKUT PANDANGAN SARJANA ARAB

PEMIKIRAN SASTERA ISLAM MENGIKUT PANDANGAN SARJANA ARAB

Penulis: Rosni Samah, Asiah IsahakHarga: RM 28.00ISBN: 978-967-440-632-5Terbitan: 201..

RM28.00