WE ACCEPT

 
Shopping Cart
0 items
 

KAUNSELING KELOMPOK EDISI KE-2

KAUNSELING KELOMPOK EDISI KE-2
Click to enlarge
Price: RM28.00
Availability: Out Of Stock
ISBN: 978-967-0393-73-5
Penerbit: Penerbit USIM
Average Rating: Not Rated

Author: Sapora Sipon

Price: RM 28.00

ISBN: 978-967-0393-73-5

Published: 2013

Total Pages: 253 m/s

Buku Kaunseling Kelompok Edisi Kedua ini adalah penambahbaikan daripada buku asal dengan memasukkan beberapa teori kaunseling kelompok yang baharu seperti Terapi Tingkah Laku, Terapi Adlerian, Terapi Realiti dan Terapi Analisis Transaksional (AT).  Selain itu, penambahan mengenai  struktur kelompok juga antara perkara baharu yang dibincangkan dalam buku ini diikuti dengan tajuk berkaitan kajian keberkesanan kaunseling kelompok. Terdapat sembilan bab dalam buku ini yang membicarakan pengenalan kaunseling kelompok, jenis-jenis kelompok, perancangan kelompok, proses kaunseling kelompok, kemahiran kaunseling asas dalam kaunseling kelompok, kemahiran memimpin, isu-isu dalam kaunseling kelompok, kaunseling kelompok dengan pelbagai kelompok dan teori-teori kaunseling kelompok. Edisi kedua ini  disusun dengan lebih teliti dan penambahan lebih banyak gambar untuk memberi kesegaran kepada pembaca mengenai ilmu kaunseling kelompok.  Bahasa yang digunakan mudah difahami. Buku ini amat sesuai untuk pelajar kaunseling dari institusi pengajian tinggi, guru, kaunselor serta pembaca yang ingin mengetahui mengenai kaunseling kelompok.
 
PROFESOR MADYA DATIN DR HAJAH SAPORA SIPON ialah pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia. Sebelum berkhidmat di USIM, beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah di  Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kerjaya beliau bermula sebagai seorang guru dan diikuti sebagai kaunselor sekolah sepenuh masa. Semasa di UMS, beliau dilantik sebagai Ketua Unit Kaunseling dan Bimbingan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, UMS. Beliau aktif menulis dan juga membentangkan kertas kerja sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.  Beliau juga seorang kaunselor berdaftar.

Write Review
Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below:

There are no additional images for this product.