WE ACCEPT

 
Shopping Cart
0 items
 

SIRI TERBITAN TOKOH-TOKOH ISLAM - DARI SUNGAI PAHANG KE SUNGAI NIL ~ Menongkah Arus Meneraju Menara Gading ~ BIOGRAFI ABDUL SHUKOR HJ. HUSIN

SIRI TERBITAN TOKOH-TOKOH ISLAM - DARI SUNGAI PAHANG KE SUNGAI NIL ~ Menongkah Arus Meneraju Menara Gading ~ BIOGRAFI ABDUL SHUKOR HJ. HUSIN
Click to enlarge
Price: RM50.00
Availability: In Stock
ISBN: 978-967-5295-97-3
Penerbit: Penerbit USIM
Average Rating: Not Rated

Biografi ini adalah tentang seorang tokoh ulama dan akademik.  Professor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor Bin Haji Husin adalah seorang tokoh yang terkenal di peringkat antarabangsa, serantau dan kebangsaan.  Dalam pembangunan pendidkan dan pengajian tinggi islam negara nama beliau tidak asing lagi.  Tan Sri telah memainkan peranan dan memberi sumbangan yang amat signifikan dalam penubuhan dan pembangunan USIM daripada fasa conceptualisation kepada fasa realisasi dan pemantapannya.  Dengan penubuhan USIM pengajian islam dimartabatkan ke dalam arus pendidikan negara.  Tokoh ini berasal dari Kampung Tebing Tinggi, Jerantut, Pahang. 

Beliau yang mempunyai humble beginning telah berjaya mencatat kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai sudut: sebgagi ketua keluarga, pemimpin, pentadbir, ulama, ahli akademik serta pemikir.  Beliau telah berjaya menongkah pelbagai arus.  Untuk mencapai kejayaan ini pada peringkat awal Tan Sri perlu menongkah arus: keadaan ekonomi keluarga yang sederhana; sistem pendidikan yang tidak sitematik terutama dalam pendidikan islam; pemikiran dan persepsi masyarakat terhadap pendidikan agama.  Beliau merupakan lulusan Madrasah Aljunied, Singapura dan Universiti Al-Azhar, Mesir.  Sebelum menerajui USIM beliau telah bertugas di Fakulti Pengajian Islam UKM sebagai professor dan dekan. 

Pencapaian Tan Sri terlalu banyak.  Diantaranya ijazah PhD dalam bidang Usuluddin daripada Universiti Al-Azhar (pelajar melayu yang pertama); penyampaian Syarahn Perdana (pengukuhan jawatan Professor di UKM); sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia; anugerah jawatan Professor Emeritus daripada USIM (Majlis Konvokesyen Ke-8 2010); Naib Canselor pertama bagi sebuah universiti islam awam di Malaysia; Ijazah Kehormat Doctor Falsafah (Pengajian Islam) di UKM (Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia Ke 28, 7-10 Ogos 2010); dan anugerah Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011 peringkat kebangsaan.

Write Review
Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below:

There are no additional images for this product.