Penulis : Nur Saadah Hamisan@Khair I Norzulaili Mohd Ghazali

Harga : RM 40.00

ISBN: 978-967-0001-16-6

Tahun terbitan : 2022

Muka surat : 123 m/s


Penglibatan wanita dalam periwayatan dan penyampaian hadis bukanlah perkara  asing.  Biarpun  berbeza  jantina,  wanita  memainkan  peranan  penting seperti lelaki dalam ilmu hadis kerana mempelajari hadis adalah antara cara terbaik untuk mengenali sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW. Muhaddithat ialah wanita yang bukan sahaja meriwayatkan hadis tetapi  juga  mempunyai  kepakaran  dalam  bidang  hadis.  Mereka  ialah  bidadari   yang   memanfaatkan   seluruh   kehidupan   mereka   dengan   kata-kata  Nabi  SAW  dan  menghidupkan  sunah  Baginda.  Buku  ini  menghimpunkan  ulama  hadis  dalam  kalangan  wanita  yang  disusun  mengikut   kurun   (tahun   hijrah).   Secara   keseluruhannya,   buku   ini   menghidangkan  biodata  Muhaddithat secara  santai  dan  ringkas,  serta  mengetengahkan  nama-nama  Muhaddithat sama  ada  yang  dikenali  ramai  mahupun  tidak.  Ia  juga  turut  menyentuh  tentang  sumbangan  mereka  yang  boleh  dijadikan  contoh  oleh  generasi  pada  masa  kini  kerana  para  wanita  ini  ialah  bidadari  dunia  yang  menjadi  perhiasan  terbaik sepanjang zaman dan tidak wajar dilupakan.

BIDADARI ILMU HADIS

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9789670001166
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM40.00