Penulis :  Noornajihan Jaafar, Norakyairee Hj. Mohd Raus, Mahyuddin Hashim, Mohd Nuradzam Rasdi, Nurutthoilah Mohd Nabil

Harga: RM30 .00

ISBN: 978-967-440-806-0

Terbitan: 2020 

Jum. Halaman: 66 m/s


Buku ini berkisar tentang penelitian pembangunan sebuah perisian yang dikenali sebagai Perisian Buku Audio Pendidikan Islam Menengah Tingkatan 1 (i-TALK PISMEN). Ia merupakan perisian yang memuatkan silibus yang diadaptasi daripada buku Pendidikan Islam, iaitu sebuah buku teks yang digunakan di Sekolah Menengah di Malaysia. Uniknya perisian ini, ia direka khusus untuk murid OKU penglihatan. Namun, ia boleh juga diakses oleh guru dan murid tipikal. Model ADDIE digunakan dalam proses pembangunan perisian i-TALK PISMEN yang melibatkan lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan produk, implimentasi dan penilaian. Buku ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif yang menggabungkan kaedah analisis dokumen, temu bual dan soal selidik. Buku ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada penyelidik yang lain dalam membangunkan BBM yang berbentuk perisian khususnya bagi Murid Berkeperluan khas seperti OKU penglihatan.

PERISIAN INTERAKTIF BUKU AUDIO PENDIDIKAN ISLAM MENENGAH TINGKATAN 1 (I-TALK PISMEN)

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9789674408060
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM30.00