• AMALAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA MENGIKUT AL-QURAN DAN HADIS (EDISI KEDUA)

Penulis: Ilhaamie Abdul Ghani Azmi

Harga: RM 30.00

ISBN: 978-967-440-265-5

Terbitan: 2016

Jum. Halaman: 237 m/s

Buku Amalan Pengurusan Sumber Manusia (PSM) Mengikut al-Quran dan Hadis ini merupakan inti pati amalan PSM berteraskan al-Quran dan al-Hadis dan sesuai digunakan sebagai panduan oleh mereka yang ingin melaksanakan amalan PSM Islam di tempat kerja mereka. Pelajar-pelajar juga boleh menggunakan buku ini sebagai buku rujukan sampingan dalam cubaan untuk memahami tentang amalan PSM daripada perspektif Islam mahupun untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan oleh guru-guru di sekolah atau pensyarah di universiti. Penyampaian buku ini sarat dengan PSM yang mengintegrasikan amalan Islam dalam aspek pengurusan kerja.

PROF MADYA DR ILHAAMIE BINTI ABDUL GHANI AZMI merupakan seorang pensyarah kanan di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau pernah memegang jawatan Ketua Jabatan Syariah dan Pengurusan. Penulis ini mempunyai kelayakan PhD dalam Pengurusan Sumber Manusia (PSM, USM), MBA (UKM) dan BBA (UIAM). Pada tahun 2013, beliau telah dianugerahkan jawatan pelawat felo di University of Wollongong, Australia dan di UMK. Dr Ilhaamie banyak melakukan penyelidikan dalam bidang Pengurusan Islam seperti PSM, keusahawanan, kualiti perkhidmatan dan gender. Beliau pernah memenangi tiga anugerah kertas kerja terbaik di peringkat antarabangsa. Antara penerbitan buku beliau ialah Kualiti Perkhidmatan Dalam Sektor Awam Menurut Perspektif Islam yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaya.

AMALAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA MENGIKUT AL-QURAN DAN HADIS (EDISI KEDUA)

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9789674402655
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM30.00


Produk Berkaitan

AMALAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA ~ Mengikut Al-Quran dan Hadis

AMALAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA ~ Mengikut Al-Quran dan Hadis

Penulis: Prof. Madya Dr. Ilhaamie Binti Abdul Ghani Azmi Harga: RM 25.00 ISBN: 978-967-44..

RM25.00

PEMBINAAN RUMAH KEDIAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

PEMBINAAN RUMAH KEDIAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Penulis:  Azman Ab Rahman, Zahari Mahad Musa Harga: RM 35.00 ISBN: 978-967..

RM35.00

ISLAM & KEWARTAWANAN PEMBINGKAIAN BERITA AL HIJRAH

ISLAM & KEWARTAWANAN PEMBINGKAIAN BERITA AL HIJRAH

Penulis: Chamil Wariya, Mohd Yahya Mohamed Ariffin Harga: RM 38.00 ISBN: 9..

RM38.00

AT- TA'RUD WA AT- TARJIH FIL USUL

AT- TA'RUD WA AT- TARJIH FIL USUL

Penulis: Sadeq Dowelnor Abdel Qader, Setiawan Gunardi Harga: RM 25.00 ISBN:&nbs..

RM25.00