• PERUBATAN PENDAPAT KEDUA BAGAIMANA, BILA & MENGAPA PERSPEKTIF PESAKIT

Penulis:  Dr. Prahlad K. Sethi 

Harga: RM 30.00

ISBN: 978-967-460-486-8

Terbitan: 2016

Jumlah Terbitan: 119m/s

Buku yang menarik ini menerangkan perasaan pesakit apabila berhadapan dengan doktor mereka, serta pemikiran doktor apabila berurusan dengan pesakit.

  • Bagaimanakah doktor memberikan reaksi apabila pesakit mereka meminta pendapat  kedua?
  • Bilakah pesakit sepatutnya mendapatkan pendapat kedua?
  • Apakah alasan untuk mendapatkan pendapat kedua?

Semua persoalan ini dan pertanyaan lain yang mempengaruhi keputusan yang selalunya perlu dibuat oleh pesakit dibincangkan dalam buku ini. Dengan bahasa yang mudah, pengarang mengemukakan contoh yang dipetik daripada pengalaman luas beliau, tentang isu yang berkait dengan Pendapat Kedua. Buku yang mengagumkan dan wajar dibaca oleh setiap pesakit dan doktor yang prihatin.

Dr. Ranjit Roy Chaudhury

MBBS, D.Phil. (Oxford)

 

“Kebanyakan doktor egois. Mereka percaya bahawa tidak ada doktor lain yang lebih berpengetahuan daripada mereka dalam bidang kepakaran mereka.”

“Dalam dunia teknologi yang semakin berkembang pesat, doktor hari ini lebih cenderung menjadi pengendali teknologi berbanding dengan melaksanakan tugas sebenar seorang doktor.”

 

Dr. Prahlad K. Sethi, MD, FAAN, ialah bekas graduan All India Institute of Medical Sciences (AIIMS), New Delhi. Beliau menyertai Army Medical Corps (AMC) dan berkhidmat sewaktu perang India-Pakistan 1965. Beliau dianugerahkan Pingat Vishist Seva (Vishist Seva Medal atau VSM) atas keberanian tertinggi yang ditunjukkan.Beliau menyempurnakan latihan Residensi dalam bidang Neurologi di State University of New York (SUNY) di Buffalo, A.S. Beliau membantu dalam menubuhkan Jabatan Neurologi di Command Hospital di Lucknow, Kolkata dan Delhi sewaktu berkhidmat dalam angkatan tentera. Beliau bersara dengan pangkat Kolonel setelah berkhidmat dengan penuh dedikasi selama 24 tahun.

 

Sejak itu, beliau berkhidmat pula di Sir Ganga Ram Hospital (SGRH), New Delhi. Setelah menubuhkan Jabatan Neurologi di hospital tersebut tanpa apa-apa asas, beliau telah membantu dalam membangunkannya menjadi salah sebuah jabatan neurologi klinikal terbaik di India, dengan makmal neurofisiologi klinikal yang diiktiraf pada peringkat kebangsaan. Dr. Sethi meneruskan tugasnya di SGRH sebagai Profesor Emeritus, Neurologi. Dengan sumbangannya dalam bidang Neurologi, beliau dianugerahkan Padma Shri pada 2002. Yayasan yang ditubuhkannya, iaitu Brain Care Foundation of India, www.braincarefoundation.com, berdedikasi dalam menyebarkan maklumat kepada masyarakat tentang otak manusia, baik dalam keadaan sihat mahupun berpenyakit.

PERUBATAN PENDAPAT KEDUA BAGAIMANA, BILA & MENGAPA PERSPEKTIF PESAKIT

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 978-967-460-486-8
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM30.00


Produk Berkaitan

 FARMAKOLOGI DADAH DISALAH GUNA

FARMAKOLOGI DADAH DISALAH GUNA

Penulis: Kamisah Yusof | Norliza Muhammad @ et. al Harga: RM 30.00 ISBN: 978-967-5408-13-..

RM30.00

7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

7 LANGKAH KEPULIHAN DALAM PENAGIHAN

Penulis : Abd Halim Mohd Hussin | Muhammad Khairi Mahyuddin Harga : RM 20.00 IS..

RM20.00

DYSFUNCTIONAL UTERINE BLEEDING : CURRENT CONCEPTS

DYSFUNCTIONAL UTERINE BLEEDING : CURRENT CONCEPTS

The spectacular strides made in the kaleidoscopic spectrum of the etiology and treatment of dysfu..

RM24.00

BASIC STATISTICS FOR MEDICAL AND HEALTH SCIENCES

BASIC STATISTICS FOR MEDICAL AND HEALTH SCIENCES

Penulis: Nooriah Mohamed Salleh  I  Zairina Abdul Rahman  I  Mohd Dzulkha..

RM30.00

95 MULTIPLE CHOICE QUESTIONS: Obstetrics & Gynaecology for Undergraduates

95 MULTIPLE CHOICE QUESTIONS: Obstetrics & Gynaecology for Undergraduates

Penulis: Salleha Khalid  I  Maizatul Azma Masri  I  Muhammad Shamsir Mohd Ari..

RM20.00

ESSENTIALS OF INSTRUMENTS AND INSTRUMENTATION IN PERIODONTAL EXAMINATION PROCEDURES

ESSENTIALS OF INSTRUMENTS AND INSTRUMENTATION IN PERIODONTAL EXAMINATION PROCEDURES

Penulis: Haslinda Ramli  I  Wan Mohamad Nasir Wan Othman Harga: RM 28.00 ..

RM28.00

CASE REPORTS IN INTERNAL MEDICINE

CASE REPORTS IN INTERNAL MEDICINE

Editor: Ahmad Najib Azmi Price: RM 22.00 ISBN: 978-967-440-162-7 Published: 2015 ..

RM22.00

DARAH PENYAMBUNG NYAWA

DARAH PENYAMBUNG NYAWA

Penulis: Noor Fadzilah Zulkifli  I  Ku Mastura Ku Mohd Noor Harga: RM 40.00 ISB..

RM30.00

CHEMISTRY OF FOOD, HEALTH AND TECHNOLOGY IN ISLAMIC CITATIONS

CHEMISTRY OF FOOD, HEALTH AND TECHNOLOGY IN ISLAMIC CITATIONS

Penulis: Farah Wahida Harun  I  Juliana Jumal Harga: RM 28.00 ISBN: 978-967-440..

RM28.00

CHEMISTRY 2 (TMS 0434)

CHEMISTRY 2 (TMS 0434)

Penulis:  Latipah Mohd Noor, Siti Rubaini Mat, Afif Arifin Harga: RM 35.00 ISBN..

RM35.00

PENYAKIT BERJANGKIT DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM & KOLEKSI CERPEN

PENYAKIT BERJANGKIT DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM & KOLEKSI CERPEN

Penulis: Hana Maizuliana Solehan, Nurul Azmawati Mohamed Harga: RM 38.00 ISBN:&..

RM38.00