• BIOGRAFI SYEIKH HJ. MOHD MURTADZA BIN SYEIKH HJ. AHMAD

Penulis: Mohd Haji Alias  I  Mohd Fauzi Mohd Amin  I  Kamal Amran Kamarudin  I  Noor Adibah Mohamad

Harga: RM 45.00

ISBN: 978-967-440-161-0

Terbitan: 2016

Jum. Halaman: 150 m/s

Tokoh terpilih dalam Siri Penerbitan Tokoh-tokoh Islam yang ke-4 ini ialah Sohibul Fadhilah Dato’ Syeikh Haji Mohd Murtadza bin Syeikh Haji Ahmad, mantan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. Beliau banyak menyumbang kepada agama dan negara terutama kepada Negeri Sembilan. Sebagai penerus misi Syeikh Hj Muhammad Said, yang mengajak semua umat manusia ke jalan kebenaran, setiap perlakuan dan tutur katanya menjadi ikutan. Dato’ Syeikh juga tidak gentar untuk berkata benar dan hanya akan bersuara apabila dirasakan perlu. Penerbitan buku ini mendedahkan amalan dan corak keperibadian beliau yang begitu mulia dan wajar dijadikan tauladan. Sehingga kini, Dato’ Syeikh masih lagi menyampaikan ceramah kepada masyarakat dan pandangan beliau sering menjadi rujukan.

“Sejak dari kecil beliau mendidik anak-anak agar solat berjemaah bersama dan amalan itu diteruskan sehingga kini. Selain itu, beliau juga merupakan seorang suami yang sering makan masakan isteri di rumah. Setiap waktu rehat pada tengah hari, beliau akan pulang ke rumah untuk menikmati makanan tengah hari bersama.”
Datin Lily Mohd Sidek
Isteri, Dato’ Syeikh Hj Mohd Murtadza

“Beliau sangat cergas dalam sukan dan sentiasa bersedia membantu pelajar-pelajar di asrama. Selain itu, beliau juga aktif mengaji, suka berdamping dengan alim ulama, menadah dengan mereka untuk menimba ilmu. Dato’ Syeikh sebagai ketua tarekat terkenal, sangat berilmu orangnya, pelbagai wirid boleh diperolehi dan diberinya untuk diamalkan.”
Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin
Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia

“…saya dapati beliau begitu warak. Beliau begitu tetap berpendirian dengan memakai jubah tidak kira ketika bermesyuarat mahupun memberi ceramah. Ia merupakan suatu kekuatan yang ada pada dalaman diri beliau.”
Yang Berhormat Dato’ Dr Haji Nooh Gadut
Penasihat Agama Negeri Johor

BIOGRAFI SYEIKH HJ. MOHD MURTADZA BIN SYEIKH HJ. AHMAD

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 978-967-440-161-0
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM45.00


Produk Berkaitan

SIRI TERBITAN TOKOH-TOKOH ISLAM - DARI SUNGAI PAHANG KE SUNGAI NIL ~ Menongkah Arus Meneraju Menara Gading ~ BIOGRAFI ABDUL SHUKOR HJ. HUSIN

SIRI TERBITAN TOKOH-TOKOH ISLAM - DARI SUNGAI PAHANG KE SUNGAI NIL ~ Menongkah Arus Meneraju Menara Gading ~ BIOGRAFI ABDUL SHUKOR HJ. HUSIN

Biografi ini adalah tentang seorang tokoh ulama dan akademik.  Professor Emeritus Tan Sri Da..

RM50.00

SIRI TERBITAN TOKOH-TOKOH ISLAM  - AUTOBIOGRAPHY OF AN AZHARITE AMERICAN - FROM THE NILE TO THE POTOMAC

SIRI TERBITAN TOKOH-TOKOH ISLAM - AUTOBIOGRAPHY OF AN AZHARITE AMERICAN - FROM THE NILE TO THE POTOMAC

978-967-0393-27-8 2012 MUHAMMAD ABDUL RAUF The author was born and raised in a humble..

RM45.00