• KIAS TERSIRAT ~ PERANTAUAN BERTEMU MELAYU & ISLAM DI DUNIA MELAYU BENUA

Penulis: Herman Abdullah

Harga: RM 85.00

ISBN: 978-967-440-272-3

Terbitan: 2016

Jum. Halaman: 320 m/s

“Orang Melayu tidak perlu lagi duduk termenung dalam dilema yang tidak sudah-sudah. Orang Melayu tidak perlu lagi berasa kecil kerana telah dikecilkan oleh sejarah hasil tipu muslihat penjajah, maka yang paling utama ialah sempadan sejarah dan ilusi yang menyempitkan minda Melayu itulah yang perlu ditiadakan dahulu!”
(Herman Abdullah)

Fotojurnal ini memaparkan bukti-bukti empirikal tentang kewujudan bangsa Melayu di Benua Melayu yang pernah meneroka benua tanpa mengenal erti sempadan daratan mahupun lautan. Umpama terowong masa, ada ketika, dengan sabar dan tabah, konvoi pasukan Jejak Warisan Jawi bersama-sama penulis membawa para pembaca kembali ke zaman silam; menjejaki realiti kisah percintaan, peperangan, keberanian, kesetiakawanan, kezuhudan, kedayatahanan yang disulam pula dengan penemuan bukti-bukti tentang keindahan peradaban dan ketamadunan tinggi sebuah bangsa yang 1437 tahun dahulu secara bijaksana telah behijrah menjadikan Islam sebagai pegangan dan pedoman untuk mengharungi pahit manis kehidupan; pusaka ilmu paling berharga yang ditinggalkan untuk anak cucu hari ini. Fotojurnal ini adalah sebuah refleksi yang sangat bermanfaat lagi berguna untuk seluruh umat Melayu di Alam Melayu yang masih tercari-cari seluas mana wilayah Benua Melayu itu? Sebuah karya yang secara tegas memadamkan fantasi sejarah yang sempit, sempadan yang menyekat dan membelengu minda Melayu selama ini. Sesungguhnya, naskhah ini seharusnya diwarisi oleh generasi kini dan akan datang, sebagai azimat penguat jatidiri, mudah-mudahan warisan itu kelak tidak hilang daripada genggaman.

“Jika pada sekeping lukisan terkandung padanya seribu perkataan, maka pada setiap kiasan terwakil padanya seribu makna yang tersirat.”
(Herman Abdullah)

KIAS TERSIRAT ~ PERANTAUAN BERTEMU MELAYU & ISLAM DI DUNIA MELAYU BENUA

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 978-967-440-272-3
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM85.00


Produk Berkaitan

HUBUNGAN ETNIK EDISI LENGKAP

HUBUNGAN ETNIK EDISI LENGKAP

Hubungan Etnik adalah buku rujukan yang memaparkan latar belakang dan corak hubungan etnik di Mal..

RM20.00

PEMIKIRAN MUHAMMAD AL-GHAZALI

PEMIKIRAN MUHAMMAD AL-GHAZALI

978-967-0393-25-4 Mohd Rumaizuddin Ghazali 2012 “Shaykh Muhammad al-Ghazali mer..

RM25.00

PERANAN LUBAB AL-HADITH DALAM KARYA HADIS DI ALAM MELAYU

PERANAN LUBAB AL-HADITH DALAM KARYA HADIS DI ALAM MELAYU

Penulis: Muhammad Mustaqim Mohd Zarif Harga: RM 22.00 ISBN: 978-967-440-074-3 ..

RM22.00

SUMBANGAN NOVEL MESIR ZAINAB DALAM KEMUNCULAN NOVEL MALAYSIA FARIDAH HANOM

SUMBANGAN NOVEL MESIR ZAINAB DALAM KEMUNCULAN NOVEL MALAYSIA FARIDAH HANOM

Penulis: Rosni Samah Harga: RM 30.00 ISBN: 978-967-440-090-3 Terbitan:..

RM30.00

VOICING CONCERN ~ LEADERSHIP

VOICING CONCERN ~ LEADERSHIP

Penulis: Dzulkifli Abdul Razak Harga: RM 75.00 ISBN: 978-967-440-102-3 ..

RM75.00

VOICING CONCERN ~ MANAGEMENT AND GOVERNANCE

VOICING CONCERN ~ MANAGEMENT AND GOVERNANCE

Penulis: Dzulkifli Abdul Razak Harga: RM 65.00 ISBN: 978-967-440-101-6 ..

RM65.00

KEDUDUKAN DAN AMALAN TANAH ADAT MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

KEDUDUKAN DAN AMALAN TANAH ADAT MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

Penulis: Abdul Manan Ismail  I  Zahari Mahad Musa  I  Ahmad Zaki Salleh ..

RM30.00

KEFAHAMAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN TERHADAP TANAH ADAT

KEFAHAMAN MASYARAKAT NEGERI SEMBILAN TERHADAP TANAH ADAT

Penulis: Azman Ab Rahman  I  Syaryanti Hussin  I  Mohamad Zaharuddin Zakaria&..

RM30.00

PELAJAR CEMERLANG DI UNIVERSITI BERASASKAN NAQLI DAN AQLI

PELAJAR CEMERLANG DI UNIVERSITI BERASASKAN NAQLI DAN AQLI

Penulis: Mohd Faisol Ibrahim Harga: RM 28.00 ISBN: 978-967-440-291-4 Terbitan: 2016 ..

RM28.00

BUDAYA INDAH ISLAM DI SERATA DUNIA

BUDAYA INDAH ISLAM DI SERATA DUNIA

Penulis: Siti Suriani Othman  I  Dini Farhana Baharudin  I  Khairunneezam Moh..

RM35.00

KUMPULAN PANTUN USIM WARISAN SENI BUDAYA MELAYU

KUMPULAN PANTUN USIM WARISAN SENI BUDAYA MELAYU

Penulis: Harizah Mohd Yusof, Mohammad Haji Alias, Nur Syahrina Rahim, Siti Rubaini Mat, Nor ..

RM30.00

KAMPUNG : REFLECTION ON BALANCED IN DEVELOPMENT

KAMPUNG : REFLECTION ON BALANCED IN DEVELOPMENT

Editor: Hood Mohd Salleh   I   Mahazan Abdul Mutalib   I  Mohd Adilah Mo..

RM38.00