WE ACCEPT

 
Shopping Cart
0 items
 

DIYAT DALAM PERUNDANGAN ISLAM

DIYAT DALAM PERUNDANGAN ISLAM
Click to enlarge
Price: RM24.00
Availability: In Stock
ISBN: 978-967-0393-44-5
Penerbit: Penerbit USIM
Average Rating: Not Rated

Author: Muhammad Najib Abdullah  I  Hasnizam Hashim  I  Nabilah Yusof  I  Haliza A.Shukor  I  Norman Zakiyy Chow Jen T'Chiang  I  Intan Nadia Ghulam Khan

Price: RM 24.00

ISBN: 978-967-0393-44-5

Published: 2012

Total Pages: 106 m/s

Buku ini membincangkan aspek perundangan diyat dengan terperinci disamping cuba untuk mengutarakan kaedah aplikasinya dalam bentuk yang lebih bersifat kontemporari. Mengikut pengertian dalam syariat Islam, diyat ialah denda dengan jumlah yang telah ditetapkan ke atas kesalahan yang mengakibatkan kehilangan jiwa ataupun kecederaan anggota. Denda yang dikenakan tersebut dijadikan sebagai pampasan kepada mangsa atau keluarga mangsa yang mengalami kerugian akibat jenayah. Diyat merupakan satu mekanisme yang efektif dalam usaha mengawal jenayah, menghukum penjenayah dan pada masa yang sama memberi keadilan kepada mangsa dan keluarganya. Buku ini menyentuh secara terperinci tentang syarat-syarat yang berkaitan dengan peruntukan diyat yang melibatkan berbagai jenis keadaan dengan kadar yang berbeza. Tiga bab pertama menjelaskan tetang konsep dan teori am diyat dalam syariat Islam serta jenis-jenisnya. Manakala empat bab yang terakhir adalah merupakan perbincangan mengenai aplikasi kadar diyat, pembayarannya dan hak-hak pengampunan. Pensyariatan diyat telah membuktikan keindahan syariat Islam yang mengutamakan hubungan kemanusiaan sesama anggota masyarakat dengan memberi hukuman kepada yang bersalah, memelihara hak kepada setiap yang berhak juga kepada bermaaf-maafan yang memadamkan dendam sesama manusia.

Write Review
Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below:

There are no additional images for this product.