Penulis: Khairuneezam Mohd Noor, Jessica Ong Hai Liaw, Farhana Sabri, Khairunnisa Mardzuki

Harga: RM 26.00

ISBN: 978-967-440-623-3

Terbitan: 2019


Buku ini merupakan himpunan 10 artikel yang berteraskan dua fokus utama iaitu kepemimpinan dalam perspektif Islam dan perspektif pertahanan. Buku ini juga menterjemahkan kepentingan kepimpinan yang mapan dan kontemporari selaras dengan arus perkembangan semasa terutama berkaitan Revolusi Industri 4.0 dan perkembangan landskap sosioekonomi dan kemasyarakatan yang semakin mencabar dan tidak bersempadan . Semoga buku ini menjadi sumber rujukan kepada semua pihak terutama berkaitan cabang ilmu kepemimpinan dalam organisasi mahupun dalam kalangan masyarakat umum. Kepemimpinan harus menjadi suatu elemen yang mengikat hubungan baik antara semua pihak dalam sesebuah organisasi mahupun komuniti kemasyarakatan. 


Profil Penulis


Dr Khairuneezam Mohd Noor ialah pensyarah kanan di Program Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Pada 2013, beliau dianugerahkan Ijazah Kedoktoran (Pengurusan) daripada La Trobe University, Melbourne, Australia. Merupakan kolumnis untuk ruangan Minda di akhbar Berita Harian Metro, penulisan beliau turut diterbitkan di akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia. Beliau merupakan Panel Penggubal dan Ketua Kumpulan Pemeriksa untuk kertas Pengurusan Perniagaan, Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.


KEPIMPINAN ERA MODEN

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9789674406233
  • Kewujudan: Out Of Stock
  • RM26.00


Produk Berkaitan

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN: DAKWAH, MEDIA DAN ILMU

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN: DAKWAH, MEDIA DAN ILMU

978-967-0393-11-7 ZULKIPLE ABD. GHANI ROSLIZAWATI MOHD. RAMLY MOHD. RUSHDAN MOHD. JAI..

RM40.00

VOICING CONCERN ~ LEADERSHIP

VOICING CONCERN ~ LEADERSHIP

Penulis: Dzulkifli Abdul Razak Harga: RM 75.00 ISBN: 978-967-440-102-3 ..

RM75.00

VOICING CONCERN ~ MANAGEMENT AND GOVERNANCE

VOICING CONCERN ~ MANAGEMENT AND GOVERNANCE

Penulis: Dzulkifli Abdul Razak Harga: RM 65.00 ISBN: 978-967-440-101-6 ..

RM65.00

VOICING CONCERN ~ IN CONJUCTION WITH THE 60TH MERDEKA ANNIVERSARY & HARI MALAYSIA

VOICING CONCERN ~ IN CONJUCTION WITH THE 60TH MERDEKA ANNIVERSARY & HARI MALAYSIA

Author : Dzulkifli Abdul RazakPages : 454 pagesThis present volume captures te events as they unfold..

RM50.00

KEPIMPINAN PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA PERSPEKTIF PENTADBIR UNIVERSITI

KEPIMPINAN PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA PERSPEKTIF PENTADBIR UNIVERSITI

Razali Othman, Khasiah Zakaria, Azlin Abd Jamil, Hafizah MarzukiBuku ini diterbitkan sebagai usaha p..

RM45.00

AMALAN TERBAIK PENGURUSAN UNIVERSITI KOMPILASI KERTAS KERJA

AMALAN TERBAIK PENGURUSAN UNIVERSITI KOMPILASI KERTAS KERJA

Penyunting : Nor Azzah Momin | Hafizah MarzukiISBN : 978-967-440-748-3Tahun : 2020Jum Halaman :180 m..

RM30.00

Tags: KEPIMPINAN ERA MODEN, 978-967-440-623-3, Khairuneezam Mohd Noor, Kepimpinan