Penulis: Nur Fariha Mohd Manzor

Harga: RM 55.00

ISBN: 978-967-440-952-4

Terbitan: 2021

Jum. Halaman: 121 m/s


Buku Memahami Sel Stem Manusia dan Kepentingannya ini berfokus kepada fakta asas berkaitan sel stem dalam memberi pemahaman yang jelas  kepada  pembaca  tentang  maksud  sel  stem.  Kupasan  mengenai  potensi  sel  stem  dalam  bidang  perubatan  diharap  mampu  memberi  gambaran yang sewajarnya kepada masyarakat perihal sejauh mana ia telah   dikaji   dan   diterima   dalam   rawatan   penyakit.   Penulis   turut   menjelaskan  beberapa  isu  tentang  aplikasi  sel  stem,  peraturan  serta  hukum berkenaan penggunaannya dalam kajian mahupun rawatan. Nur Fariha Mohd Manzor merupakan pensyarah di Unit    Biokimia,    Fakulti    Perubatan    dan    Sains    Kesihatan  (FPSK),  Universiti  Sains  Islam  Malaysia  (USIM).   Selepas   tamat   pengajian   di   Universiti Kebangsaan  Malaysia  (UKM)  dalam  jurusan  Sains  Bioperubatan,  beliau  meneruskan  pula  pengajian  doktor  falsafah  di  Fakulti  Perubatan  universiti  yang  sama.   Kajian   beliau   memfokuskan   bidang   perubatan   selular   dan   molekular iaitu sel stem merupakan subjek utama kajian beliau. Hasil kajian beliau berkaitan sel stem telah berjaya diterbitkan dalam jurnal tempatan dan antarabangsa. Minat beliau dalam bidang sel stem serta pelbagai  persoalan  yang  timbul  berkaitan  sel  ini  dalam  kalangan  masyarakat  telah  mendorong  beliau  menghasilkan  naskhah  bertajuk  Memahami Sel Stem Manusia dan Kepentingannya ini.

MEMAHAMI SEL STEM MANUSIA DAN KEPENTINGANNYA

  • Jenama: Penerbit USIM
  • Kod Produk: 9789674409524
  • Kewujudan: Ada Stok
  • RM55.00