WE ACCEPT

 
Shopping Cart
0 items
 

DAKWAH DALAM ERA SIBER DI MALAYSIA

DAKWAH DALAM ERA SIBER DI MALAYSIA
Click to enlarge
Price: RM30.00
Availability: In Stock
ISBN: 978-967-5295-40-9
Penerbit: Penerbit USIM
Average Rating: Not Rated

ISBN: 978-967-5295-40-9
Year: 2010
Author: ZULKIPLE ABD GHANI

Synopsis:

"Dakwah kini berada dalam persekitaran baru terutama akibat kemunculan pelbagai teknologi komunikasi yang dikaitkan dengan komputer dan juga satelit. Dalam persekitaran ini, dakwah perlu bergerak dalam kerangka asas atau manhaj rabbani iaitu secara berhikmah, nasihat yang baik dan bermujadalah secara yang terbaik. Fasa-fasa perkembangan dakwah memperlihatkan kedinamikannya terutama dengan menfokuskan kepada membangunkan manusia sebagai khalifah Allah. Dengan kemunculan masyarakat jaringan, netizen, dan perubahan sistem penyampaian dari analog kepada digital, dakwah perlu berhadapan dengan perubahan ruang dan masa serta beberapa nilai baru yang muncul dalam khalayak manusia. Justeru, buku ini mengupas fenomena persekitaran dakwah siber khususnya dalam konteks Malaysia yang sedang menuju kepada sebuah negara maju berasaskan acuan sendiri. Dakwah Berbantukan Komputer (DBK), laman sesawang, digital Islam serta pembangunan budaya popular Islam antara isu-isu yang dibincangkan. Buku ini sesuai untuk bacaan komuniti institusi pengajian tinggi dan juga masyarakat awam.

ZULKIPLE ABD GHANI, Ph.D (Edinburgh) adalah Profesor dalam bidang Dakwah dan Media di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebelum berkhidmat dengan USIM, beliau bertugas sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia selama 19 tahun. Antara buku lain yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat."
 

Write Review
Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below:

There are no additional images for this product.