WE ACCEPT

 
Shopping Cart
0 items
 

PEMBASMIAN KEMISKINAN BERDASARKAN MAQASID SYARIAH

PEMBASMIAN KEMISKINAN BERDASARKAN MAQASID SYARIAH
Click to enlarge
Price: RM30.00
Availability: Out Of Stock
ISBN: 978-967-440-309-6
Penerbit: Penerbit USIM
Average Rating: Not Rated

Author: Azman Ab Rahman  I  Muhammad Ridhwan Ab Aziz

Price: RM30.00

ISBN: 978-967-440-309-6

Published: 2016

Total Pages: 120 m/s

Buku Pembasmian Kemiskinan Berdasarkan Maqasid Syariah menyediakan alternatif baharu kepada agensi pemberi bantuan, sama ada kerajaan mahupun swasta dalam membasmi kemiskinan di Malaysia. Pendekatan Maqasid Syariah dalam skim bantuan kemiskinan berdasarkan kepada lima prinsip maqasid, iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta mampu memberikan transformasi baharu dalam kaedah pembasmian kemiskinan.  Model strata Maqasid Syariah dalam skim bantuan kemiskinan diperkenalkan untuk diaplikasikan oleh agensi pemberi bantuan dalam menyelaraskan skim bantuan kemiskinan yang disediakan. Penulisan buku ini diharapkan dapat menjadi panduan dan rujukan kepada agensi-agensi yang terlibat, pihak kerajaan dan swasta dalam pengurusan skim bantuan kemiskinan serta memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia.

Azman Ab Rahman merupakan pensyarah kanan dalam bidang fiqh dan usul fiqh di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau bergiat aktif dalam penyelidikan dan penulisan, khususnya dalam bidang zakat dan fiqh kontemporari, selain penglibatan dalam pembentangan kertas kerja sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Muhammad Ridhwan Ab. Aziz merupakan pensyarah kanan dalam bidang perbankan Islam di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau banyak membentangkan kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta aktif dalam penulisan artikel jurnal dan penerbitan buku.  

Write Review
Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below:

There are no additional images for this product.